Tarikh Cuti Deepavali 2023
Sempena kedatangan Hari Deepavali pada akan datang, rakyat Malaysia akan diberikan cuti Deepavali 2023 sempena hari tersebut.
Perayaan Deepavali atau Diwali merupakan perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan.
Secara simboliknya, percayaan ini bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan.
Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.
Sambutan Hari Deepavali Di Malaysia
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan mandi dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan dan juga sebagai lambang penyucian badan dan semangat.
Selepas upacara itu, mereka akan sembahyang bersama keluarga di rumah serta mendapatkan restu ibu bapa dan orang tua sebelum memakai pakaian baru dan mengunjungi kuil.
Ini kemudiannya diteruskan dengan mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan-rakan.
Tambahan pula, pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan “kolam”, hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan.
Hiasan “kolam” atau juga dikenali sebagai “Rangoli” ini bukan sekadar hiasan sahaja, tetapi memiliki maksud sosial, kerohanian, dan simbolik padanya.
Ia merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan “kolam” di pintu masuk rumah mereka.
Melakar “Kolam” merupakan cara bagi wanita Tamil bagi berdoa pada Lakshmi, dewi kekayaan, kecantikan dan tuah dan merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu.
Tarikh Cuti Deepavali 2023
Untuk tahun 2023, tarikh cuti bagi perayaan ini adalah pada 12 November 2023 iaitu pada Ahad.
Ini bermakna, mereka yang bekerja pada hari Ahad akan bercuti dan mereka yang cuti umum pada hari Ahad akan menggantikannya pada hari Isnin.
Untuk sesi persekolahan pula, sekolah di negeri-negeri Kumpulan B akan mendapat 1 hari cuti gantian pada hari Isnin, serta 1 hari lagi cuti tambahan pada hari Selasa.
Dalam erti kata lain, cuti yang diperuntukkan adalah seperti berikut:
- Kumpulan A : 13 November (Isnin)
- Kumpulan B : 14 November (Selasa)
- Sarawak sahaja : 13 November (Isnin)
Baca Juga: Cuti Sekolah & Kalendar Akademik 2023/2024