Konvokesyen UiTM Ke-98: Jadual & Tarikh Sidang

Graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang bakal bergraduat kini boleh mengetahui jadual sidang dan tarikh konvokesyen UiTM ke-98.

Untuk makluman, UiTM ialah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditubuhkan pada tahun 1956 yang mempunyai 12 buah kampus negeri (7 daripadanya adalah kampus negeri berautonomi), 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu.

Sehingga kini, UiTM mempunyai dengan lebih 175,200 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai lebih kurang 17,770 orang.

Setiap pelajar yang berjaya menghabiskan pengajian akan diraikan dalam majlis konvokesyen yang diadakan pada setiap tahun.

Tarikh Konvokesyen UiTM 2023

Tarikh konvokesyen UiTM 2023 yang akan berlangsung adalah seperti berikut:

  • 18 – 30 November 2023 – Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam
  • 7 Disember 2023 – Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah
  • 13 – 14 Disember 2023 – Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak

Yuran Konvokesyen

Yuran konvokesyen yang perlu dibayar mengikut peringkat pengajian adalah seperti
berikut:

  • Ijazah Doktor Falsafah – RM230.00
  • Ijazah Sarjana – RM210.00
  • Diploma Lepasan Ijazah/Ijazah Sarjana Muda/Program Profesional – RM175.00
  • Diploma/Program Profesional (CAT) – RM150.00

Pengambilan Jubah

Jadual pengambiilan jubah di Kaunter Pengambilan Jubah, DATC, UiTM Shah Alam adalah seperti berikut:

Tarikh Masa
28 Oktober 2023 (Sabtu)8.00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Sidang 1,2,3)
2.00 petang hingga 5.00 petang (Sidang 4,5)
29 Oktober 2023 (Ahad)8.00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Sidang 6,7)
2.00 petang hingga 5.00 petang (Sidang 8,9)
30 Oktober 2023 (Isnin)8.00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Sidang 10)
2.00 petang hingga 5.00 petang (Sidang 11)
31 Oktober 2023 (Selasa)8.00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Sidang 12)
2.00 petang hingga 5.00 petang (Sidang 13)
1 November 2023 (Rabu)8.00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Sidang 16)
2.00 petang hingga 5.00 petang (Sidang 14)
2 November 2023 (Khamis)8.00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Sidang 17)
2.00 petang hingga 5.00 petang (Sidang 15)
4 November 2023 (Sabtu)8.00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Sidang 18,19)
2.00 petang hingga 5.00 petang (Sidang 20)
5 November 2023 (Ahad)8.00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Sidang 22,23)
2.00 petang hingga 5.00 petang (Sidang 21)

Jadual Sidang

Jadual sidang boleh dirujuk melalui dokumen di bawah:

i) UiTM Shah Alam

ii) UiTM Cawangan Sabah

iii) UiTM Cawangan Sarawak

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai konvokesyen UiTM, sila layari laman web https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen?fbclid=IwAR3WJIs19HoU4LXEUk7n494lVa1DNbEGw1GTyPc5Bdg26wHYtRaRakqCbAI

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: