MPi UiTM: Pengajian Diploma/Sarjana Muda Tanpa Bayar Yuran

Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Program Musaadah Pendidikan iCEPS (MPi) mempelawa individu Bumiputera yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana Muda secara mod separuh masa tanpa membayar yuran pengajian.

Untuk makluman, MPi merupakan usaha ini merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility (CSR) UiTM bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera yang bekerja untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

Bagi mereka yang berminat, permohonan ini dibuka sehingga 21 Ogos 2023 dan boleh dilakukan secara atas talian.

Kategori Pemohon

Kategori pemohon yang layak adalah seperti berikut:

i) Bakal pelajar iCEPS

  1. Pendapatan adalah:
    – Bujang/Ibu/Bapa Tunggal (tiada anak) – RM1,500.00/bulan dan ke bawah
    – Berkahwin/Ibu/Bapa Tunggal (ada anak) – RM4,500.00/bulan dan ke bawah
  2. Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iCEPS.

ii)  Pelajar iCEPS (semester 2 dan ke atas)

  1. Pemohon (pelajar iCEPS) mestilah mendapat CGPA 3.00 dan ke atas
  2. Pendapatan (pelajar iCEPS):
    – Bujang/ Ibu/ Bapa Tunggal (tiada anak) – RM1,500.00/bulan dan ke bawah
    – Berkahwin/ Ibu/ Bapa Tunggal (ada anak) – RM4,500.00/bulan dan ke bawah
  3. Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iCEPS.

Syarat Pembiayaan MPi

Syarat pembiayaan menerusi program ini adalah seperti berikut:

  1. Mendaftar sekurang-kurangnya 11 jam kredit setiap semester (atau mengikut pelan pengajian).
  2. Pencapaian akademik :
    – Pembiayaan kali pertama: Dikecualikan yuran pengajian
    – Pembiayaan pada semester berikutnya:
    • CGPA 3.00 dan ke atas (dikecualikan 100%)
    • CGPA 2.99 – 2.75 (dikecualikan 50%)
    • CGPA 2.75 ke bawah (ditamatkan)
    • GPA 2.50 ke bawah (ditamatkan)

Tatacara Permohonan MPi

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://iceps-apps.uitm.edu.my/musaadah.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Semak semua maklumat sebelum menghantar.
  4. Klik butang “Mula Mohon.”
  5. Sediakan dokumen sokongan.
  6. Hantar semua dokumen ke alamat berikut:

    Chief Executive Officer
    Institute Of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS)
    Aras 2, Bangunan UiTM-MTDC Technopreneur Centre
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor Darul Ehsan
    (u.p: Urusetia MPi iCEPS)

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar adalah seperti berikut:

  1. Kad pengenalan (pemohon dan pasangan)
  2. Sijil nikah (jika berkaitan)
  3. Sijil cerai/kematian (jika berkaitan)
  4. Sijil kelahiran anak-anak di bawah tanggungan (jika berkaitan)
  5. Slip gaji tiga (3) bulan terakhir (pemohon dan pasangan)
  6. Borang EC/EA (pemohon dan pasangan). Jika tiada kemukakan penyata KWSP tahunan
  7. Surat pengesahan majikan (pemohon dan pasangan)
  8. Surat akuan sumpah atau surat pengesahan daripada majikan pemohon (jika pasangan tidak bekerja)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: