Tabung Keusahawanan Siswa UiTM: Pinjaman Sehingga RM3000
Pelajar atau mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) boleh membuat pinjaman bagi tujuan menjalankan perniagaan mereka menerusi Tabung Keusahawanan Siswa.
Tabung ini diuruskan oleh Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) untuk melahirkan lebih ramai pelajar atau mahasiswa yang terlibat dalam bidang keusahawanan.
Ini juga bagi membantu pelajar atau mahasiswa yang memerlukan dana untuk memulakan perniagaan atau menambah modal perniagaan mereka.
Pelajar atau mahasiswa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman ini boleh mengemukakan permohonan secara atas talian.
Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah minima RM500 dan maksima adalah sebanyak RM3000.
Tiada sebarang faedah ditetapkan dan pelajar hanya perlu membayar kembali jumlah amaun yang dipinjam sahaja.
Tempoh bayaran balik adalah selama 10 bulan daripada tarikh penerimaan pinjaman.
Syarat Kelayakan Tabung Keusahawanan Siswa UiTM
Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan Tabung Keusahawanan Siswa ini adalah seperti berikut:
- Pelajar UiTM sepenuh masa.
- Had minimum RM500 dan maksimum RM3000.
- Mempunyai SSM.
- Wajib mengisi borang MyENt.
- Memulakan atau mengembangkan perniagaan sedia ada.
- Hadir temu duga (sekiranya perlu).
- Pernah menyertai program keusahawanan anjuran MESMED (sekiranya ada).
Tatacara Permohonan
Permohonan pinjaman ini boleh dibuat menerusi tatacara berikut:
- Layari laman web permohonan iaitu https://masmedapps.uitm.edu.my/tabungsiswa.
- Klik “Mohon Sekarang.”
- Masukkan no pelajar dan klik “Semak.”
- Lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat dan dokumen dimuat naik.
- Klik “Hantar” untuk menghantar permohonan.
Semakan Status Permohonan
Semakan status permohonan pinjaman ini boleh dibuat menerusi tatacara di bawah:
- Layari laman web https://masmedapps.uitm.edu.my/tabungsiswa/semak.php.
- Masukkan no permohonan dan no kad pengenalan.
- Klik “Semak.”
- Status permohonan dipaparkan.
Pertanyaan Lanjut Tabung Keusahawanan Siswa UiTM
Pertanyaan lanjut mengenai Tabung Keusahawanan Siswa, sila hubungi pihak MASMED di talian 03-5543 5663/5669/5675.