Cara Mohon Mini Transkrip Pelajar UiTM Secara Online
Bagi pelajar UiTM yang sudah tamat pengajian dan menunggu untuk konvokesyen, anda boleh memohon Mini Transkrip Pelajar UiTM secara online.
Mini Transkrip ialah transkrip yang memaparkan keputusan setiap subjek dalam setiap semester yang dilalui oleh para pelajar.
Dokumen ini juga membolehkan pelajar memperoleh transkrip awal sama ada untuk memohon pekerjaan atau melanjutkan pengajian yang memerlukan transkip pelajar untuk diserahkan.
Di UiTM, mini transkrip boleh dipohon secara online dan pelajar boleh mendapatkannya sebelum konvokesyen berlangsung.
Perbezaan Mini Transkrip & Transkrip Penuh
Untuk pengetahuan, terdapat perbezaan mini transkrip dan transkrip penuh iaitu:
Mini Transkrip | Transkrip Penuh |
Dikategorikan sebagai transkrip sementara | Dikategorikan sebagai transkrip penuh pengajian |
Kertas transkrip berwarna putih | Kertas transkrip berbentuk sijil |
Diperoleh sebelum konvokesyen | Diperoleh selepas konvokesyen |
Bayaran Yang Dikenakan
Bayaran yang dikenakan untuk permohonan mini transkrip ini adalah sebanyak RM1.00 sahaja.
Cara Memohon Mini Transkrip Pelajar UiTM
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan di bawah:
- Layari laman web iStudent Portal iaitu https://istudent.uitm.edu.my.
- Masukkan login Id dan kata laluan iStudent Portal.
- Sila klik ‘eAcademic’ dan kemudiannya ‘Mini Transkrip.’
- Klik ‘New Application’ untuk permohonan baharu.
- Pilih ‘Purpose for Applying Mini Transcript’ dan klik ‘Submit Application.’
- Klik ‘Make Payment’ dan pelajar dikehendaki membayar bayaran sebanyak RM1.00.
Kemudiannya, pihak fakulti atau kampus masing-masing akan membuat proses semakan dan kelulusan terhadap permohonan yang dibuat.
Pelajar boleh menyemak status kelulusan dan memuat turun mini transkrip melalui iStudent Portal sehari selepas permohonan di buat.
Soalan Lazim
Ya. Permohonan mini transkrip ini boleh dibuat secara atas talian menerusi https://istudent.uitm.edu.my.
Bayaran yang akan dikenakan untuk permohonan mini transkrip adalah sebanyak RM1.00.
Tempoh kelulusan permohonan akan diketahui seawal sehari selepas permohonan dibuat.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai permohonan Mini Transkrip Pelajar UiTM, sila layari laman web https://bendahari.uitm.edu.my/index.php/component/content/article/37-pelajar/46-tatacara-permohonan-mini-transkrip-pelajar?Itemid=101.