MyPSV 2023: Lesen Memandu Pengangkutan Awam Percuma B40

Bagi golongan B40 yang ingin mendapatkan lesen memandu untuk pengangkutan awam secara percuma, mereka boleh membuat permohonan menerusi MyPSV.

Untuk makluman, MyPSV merupakan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi memperkasa 4,000 orang penerima yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV).

Program ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan bagi pengambilan Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License – CDL) kelas E dan juga Lesen PSV E-Hailing/ Teksi; atau PSV Bas BTM > 7,500kg tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dan tarikh tutup penyertaan adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Kouta Peserta MyPSV

Kouta peserta untuk program ini adalah seperti berikut:

  • 500 peserta PSV bas
  • 3,500 peserta PSV e-hailing/teksi

Syarat Penyertaan MyPSV

Syarat penyertaan untuk menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  2. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing/ Teksi.
  3. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) (sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.
  4. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  5. Peserta perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.
  6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.
  7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Cara Memohon

Cara memohon untuk mendapatkan lesen PSV percuma ini adalah seperti berikut:

  1. Klik pautan permohonan iaitu https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe8O6D2PV-IZWMEhD5EBrWyaWN4wMCpjZNg9M-uWiIxBA7Q4Q/viewform?fbclid=IwAR2XpT46jKfV-8dA8Ka1_ME3cqPfjo1dooPKWgu1ugSq9WZhRb6cd7XmbLM.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai program ini, sila hubungi 03-8892 8714/03-8892 8693 atau menghantar email ke alamat [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: