Pelepasan Pelajar IPT Untuk Pulang Mengundi PRU-15

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa semua pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan diberikan pelepasan untuk mengundi sempena PRU-15.

Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad menjelaskan semua pelajar IPT akan diberikan pelepasan bagi memudahkan mereka pulang dan membuang undi pada hari pengundian nanti.

Semua IPT di dalam negara adalah perlu untuk memberikan pelepasan kepada para pelajar untuk tujuan tersebut sempena pilihan raya ini.

Oleh sebab itu, semua IPT adalah diminta untuk memastikan semua kelas dan aktiviti yang melibatkan pelajar dalam tarikh pelepasan adalah ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain.

Tarikh Pelepasan

Tarikh pelepasan yang akan diberikan kepada para pelajar adalah bermula 17 November sehingga 20 November 2022.

Ini bagi memastikan pelajar mempunyai masa yang mencukupi dan dapat merancang perjanalan untuk pulang mengundi.

Meraikan Semangat Undi 18

YB Dato’ Dr. Noraini juga menjelaskan, keputusan ini dibuat selaras dengan usaha meraikan semangat pelaksanaan Undi 18 yang telah diwartakan oleh kerajaan pada 1 Disember 2021 dan dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021.

Penguatkuasaan ini dilakukan selaras dengan Seksyen 3 (a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Matlamat pelaksanaan Undi 18 ini adalah untuk melahirkan generasi yang prihatin dengan sistem pemerintahan negara dan berupaya menyumbang kepada pembentukan kerajaan yang berdemokrasi dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Tarikh PRU-15

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh PRU-15 seperti berikut:

  • Hari Penamaan Calon: 5 November 2022 (Sabtu)
  • Hari Mengundi Awal: 15 November 2022 (Selasa)
  • Hari Mengundi: 19 November 2022 (Sabtu)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pelepasan pelajar IPT sempena PRU-15, sila layari laman web KPT iaitu https://www.mohe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: