Nombor Perdana: Maksud & Cara Menentukannya

Nombor perdana atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil sebagai Prime Number adalah nombor bulat yang hanya boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri dan nombor 1.

Dalam erti kata yang lain, nombor ini adalah nombor yang lebih besar daripada 1, yang mana faktor pembahaginya hanya 1 dan nombor itu sendiri.

Ini bermakna, nombor yang terkecil ialah nombor 2 iaitu satu-satunya nombor genap yang merupakan di dalam kategori nombor ini.

Nombor Perdana Terbesar

Nombor perdana terbesar yang diketahui setakat ini ialah 274,207,281 − 1.

Bilangan ini mempunyai 22,338,618 digit dan merupakan nombor perdana Mersenne yang ditemui oleh Great Internet Mersenne Prime Search pada 7 Januari 2016.

Senarai Nombor Perdana Bawah 100

Berikut merupakan senarai nombor dalam kategori ini bawah 100:

  • 2
  • 3
  • 5
  • 7
  • 11
  • 13
  • 17
  • 19
  • 23
  • 29
  • 31
  • 37
  • 41
  • 43
  • 47
  • 53
  • 59
  • 61
  • 67
  • 71
  • 73
  • 79
  • 83
  • 89
  • 97

Cara Menentukan Nombor Perdana

Terdapat kaedah yang boleh dijadikan rujukan untuk menentukan nombor ini.

Contoh di bawah:

i) Sekiranya nombor tersebut adalah 13, maka:

13 ÷ 1 = 13

13 ÷ 13 = 1

Ini bermaknya nombor 13 hanya boleh dibahagi dengan 1 dan 13. Oleh itu, nombor ini adalah termasuk dalam kategori ini.

ii) Sekiranya nombor tersebut adalah 51, maka:

51 ÷ 1 = 51

51 ÷ 3 = 17

51 ÷ 17 = 3

51 ÷ 51 = 51

Ini bermakna, 51 boleh dibahagi dengan 1, 3, 17 dan 51. Oleh itu, nombor ini bukan termasuk dalam kategori ini.

Info Selanjutnya

Untuk info selanjutnya, sila tonton di video https://www.youtube.com/watch?v=VZ1chz8ruBo.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: