Jadual Berkala: Sejarah & Cara Penggunaan

Jadual Berkala adalah himpunan paparan berkaitan unsur kimia yang diketahui dalam bentuk jadual.

Dalam erti kata yang lain, Jadual Berkala mengelaskan unsur kimia yang diketahui dalam bentuk jadual mengikut ciri-ciri tertentu.

Setiap unsur disenaraikan menurut nombor atom dan simbol kimia.

Menerusi jadual ini, banyak teori yang telah ditemui oleh ahli sains sebelum Jadual Berkala moden dihasilkan.

Sejarah Jadual Berkala

Ahli sains telah bertungkus lumus mengelaskan unsur sehingga terhasilnya Jadual Berkala Unsur yang digunakan pada hari ini.

Antara ahli Sains terawal memperkenalkan Jadual Berkala ini adalah Antoine Lavoisier yang mengkelaskan unsur mengikut kumpulan tertentu seperti kumpulan gas, bukan logam, logam, dan oksida logam.

Namun, pengkelasan beliau kurang tepat kerana beliau juga mengelaskan cahaya, haba dan
beberapa sebatian ke dalam kumpulan tersebut sebagai unsur dan terdapat beberapa unsur yang dikelaskan dalam kumpulan yang sama tetapi menunjukkan sifat kimia yang berbeza.

Kemudiannya, ahli Sains lain mengembangkan penyusunan unsur seperti Johann W. Dobereiner, John Newlands, Lothar Meyer, Dmitri Mendeleev, dan Henry Moseley.

Penyusunan Jadual Berkala

Jadual Berkala Unsur moden merupakan satu bentuk pengelasan unsur secara sistematik mengikut tertib menaik nombor proton dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

Susunan unsur dibincangkan dari aspek kumpulan, kala, nombor proton dan susunan elektron.

i) Kumpulan

Lajur menegak dalam jadual dinamakan sebagai Kumpulan dan terdapat 18 kumpulan dalam jadual tersebut.

Kedudukan kumpulan sesuatu unsur ditentukan oleh bilangan elektron valens.

Oleh itu, unsur-unsur di dalam kumpulan yang sama menunjukkan sifat kimia yang sama.

Kumpulan-kumpulan dalam Jadual Berkala dinamakan mengikut kedudukanya. Contohnya, kumpulan pertama dinamakan sebagai kumpulan 1 , kumpulan ke-2 dinamakan sebagai kumpulan 2 dan sebagainya.

Antara kumpulan 2 dan 13, terletak satu blok unsur-unsur berasingan yang dipanggil unsur-unsur peralihan.

Sesetengah kumpulan mempunyai nama lazim seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah.

KumpulanNama Lazim
Kumpulan 1Logam Alkali
Kumpulan 2Logam Alkali Bumi
Kumpulan 17 Halogen
Kumpulan 18 Gas Nadir

ii) Kala

Baris mengufuk dalam jadual tersebut dinamakan sebagai Kala.

Kala 1 mempunyai 2 unsur. Kala 2 hingga ke kala 3 pula mempunyai 8 unsur. Tiga kala pertama ini dikenal sebagai kala pendek.

Kala 4 dan 5 masing-masing mempunyai 18 unsur. Kala 6 dan 7 mengandungi 32 unsur. Kesemua kala ini dikenal sebagai kala panjang.

Dalam kala-6 terdapat 32 unsur yang tidak dapat dimuatkan dalam satu turus mengufuk yang sama.

Unsur dengan nombor atom 56 sehingga 71 disenaraikan secara berasingan di bahagian bawah Jadual Berkala dan siri unsur ini dinamakan sebagai siri lantinida.

Di dalam kala-7 terdapat 23 unsur yang tidak dapat dimuatkan dalam satu turus mengufuk yang sama.

Unsur dengan nombor atom 90 – 103 disenaraikan secara berasingan di bahagian bawah Jadual Berkala dan siri unsur ini dinamakan sebagai siri aktinida.

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=k8xOdBmwj_k

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: