SPPP: Cara Daftar Perniagaan SSM Percuma Untuk Pelajar

Pelajar yang sedang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa boleh mendaftar mendaftar perniagaan mereka menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).

Untuk makluman, skim ini diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menggalakkan pelajar IPT sepenuh masa terlibat dalam perniagaan dan mendaftarkan perniagaan mereka di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.

SPPP ditawarkan sehingga peruntukan geran habis digunakan dan diberikan untuk tempoh setahun perniagaan sahaja sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dilaksanakan.

Pelajar yang berminat untuk mendaftar perniagaan mereka boleh mendaftar menerusi skim ini di Portal EzBiz Online.

Manfaat Pengecualian Fi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Manfaat yang bakal diperoleh pelajar yang mendaftar perniagaan mereka melalui skim ini adalah pengecualian bayaran seperti:

PerkaraPengecualian Bayaran Fi
Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalanRM30 setahun
Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tredRM60 setahun
Cetakan maklumatRM10

Syarat Permohonan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Syarat permohonan yang dikenakan terhadap pelajar yang ingin mendaftar perniagaan mereka melalui SPPP adalah seperti berikut:

  1. Pelajar tersebut merupakan pemegang MyKad/MyPR.
  2. Pelajar adalah warganegara berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan.
  3. Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara.
  4. Pelajar tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Cara Pendaftaran

Bagi pendaftaran perniagaan SSM menerusi SPPP, cara untuk membuat pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/.
  2. Klik butang ‘Sign Up’ dan isi maklumat yang diperlukan.
  3. Klik butang ‘Save.’
  4. Login semula dengan dengan mengisi username dan kata laluan.
  5. Isi maklumat diri serta perniagaan perniagaan dengan lengkap dan betul.
  6. Muat naik dokumen sokongan.
  7. Lengkapkan pendaftaran perniagaan sehingga selesai.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  2. Salinan kad pelajar.
  3. Salinan surat perakuan pelajar dari pihak IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SPPP bagi pelajar, sila hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau boleh menghantar emel ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: