Cara Daftar Foodpanda Rider Secara Online

Bagi individu yang ingin menjadi Foodpanda rider, anda boleh daftar foodpanda rider dengan mudah hanya secara online!

Foodpanda merupakan salah satu syarikat perkhidmatan penghantaran makanan yang mempunyai beroperasi di Malaysia dan 12 negara lain.

Foodpanda berfungsi seperti Grabfood yang membolehkan orang ramai atau pelanggan memesan menu yang disediakan oleh restoran-restoran berhampiran lokasi penghantaran dengan mudah melalui aplikasi atas talian.

Aplikasi tersebut menghubungkan pelanggan dengan restoran yang menawarkan khidmat penghantaran makanan dalam kawasan mereka dan membenarkan pelanggan memilih, memesan dan membayar secara dalam talian.

Keistimewaan Foodpanda Rider

Antara keistimewaan yang bakal dimiliki Foodpanda rider adalah seperti berikut:

  • Pemilihan waktu bekerja. Hanya perlu pilih sesi yang bersesuai dengan kehendak anda.
  • Jika tiada motosikal, anda boleh menjadi walker dan membuat penghantaran jarak dekat dengan berbasikal, menaiki skuter beam atau berjalan kaki.
  • Diskaun istimewa untuk petrol, telefon dan juga peluang untuk mendaftar didalam kursus peningkatan diri.
  • Dilindungi dengan insurans percuma sehingga RM100,000 dan layak menerima tambahan perlindungan PERKESO pada kadar istimewa.

Purata Gaji

Untuk pendapatan Foodpanda rider, mereka boleh menjana pendapatan purata sehingga RM750 seminggu melalui pekerjaan ini.

Syarat Permohonan

Untuk memohon sebagai Foodpanda rider, individu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Berumur 18 tahun dan keatas (mengikut tarikh lahir).
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Mempunyai motosikal dengan lesen sah (sekurang-kurangnya lesen P) (tidak tertakluk kepada walker).
  4. Mempunyai telefon pintar. Iphone 4s keatas atau 4.2 keatas untuk Android.
  5. Memiliki akaun bank milik sendiri.

Cara Daftar Foodpanda Rider

Untuk mendaftar sebagai Foodpanda rider, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://rider.foodpanda.my/.
  2. Buat akaun profil dan klik butang ‘Hantar.’
  3. Terus ke hub untuk sesi latihan.
  4. Isi maklumat peribadi dan motosikal.
  5. Beli set peralatan newbie di Pandashop.
  6. Mula bekerja.

Lokasi Foodpanda Rider Hub

Lokasi Foodpanda rider hub di seluruh negara adalah seperti berikut:

i) Lembah Klang

Southgate Commercial Centre, Unit-D-2-04 Level 2, Block D,
Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

ii) Johor

21-01 Jalan Perjiranan 4/4, Bandar Dato Onn,Jalan Perjiranan 4,
81100, Johor Bahru.

iii) Penang

Medan Perniagaan Pauh Jaya, Unit No.1-05 & 1-06,
Jalan Baru Perai Penang, 13700 Bukit Mertajam, Penang.

iv) Sabah

Lot C2-3A, Block C, 2nd Floor, Unit No.3A, T1 @ Bundusan,
Jalan Bundusan, 89500 Kota Kinabalu Sabah.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Foodpanda rider, sila layari laman web https://rider.foodpanda.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: