PPAM: Permohonan Perumahan Penjawat Awam Malaysia

Penjawat awam di Malaysia yang ingin memiliki rumah boleh membuat permohonan meneruso Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).

PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang telah dilancarkan pada awal tahun 2013.

Ini selepas keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju supaya dikaji inisiatif untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Objektif inisiatif ini adalah untuk menyediakan satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Konsep PPAM

Konsep perumahan ini adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.

Harga Jualan

Harga jualan bagi rumah bagi perumahan ini adalah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak.

Penjawat Awam Yang Layak

Penjawat awam yang layak untuk memohon perumahan ini ialah:

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Badan Berkanun Negeri

Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan permohonan perumahan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penjawat awam yang telah bersara dan memiliki kad pesara.
  3. Penjawat awam (lantikan tetap dan kontrak/anak pesara kerajaan.
  4. Boleh memohon lebih dari satu projek.

Panduan Permohonan

Permohonan boleh dibuat menerusi panduan di bawah:

Soalan Lazim

Bilakah permohonan untuk membeli unit rumah ini dibuka?

Maklumat berkenaan projek-projek yang dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal PPAM dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah untuk mengetahui status permohonan?

Status permohonan boleh disemak di portal PPAM dan melalui aplikasi mobile dan rujuk status permohonan.

Bila keputusan permohonan akan diperoleh?

Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 hingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Perumahan Penjawat Awam Malaysia, sila layari laman web https://www.ppam.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: