MyJalan KKR: Aplikasi Aduan Kerosakan Jalan

Orang ramai yang ingin mengemukakan aduan kerosakan jalan raya boleh membuat aduan menerusi MyJalan KKR.

MyJalan KKR ialah sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Aplikasi ini adalah salah satu inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kerosakan jalan.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma di Google Play dan Apple App Store.

Jenis Aduan MyJalan KKR

Menerusi aplikasi ini, orang ramai boleh membuat aduan merangkumi semua jenis aduan jalan diterima walaupun bukan di bawah penyelenggaraan Kementerian Kerja Raya.

Antara aduan yang boleh dikemukakan adalah:

  • Jalan berlubang
  • Masalah berkaitan infrastruktur
  • Masalah perabot jalan seperti papan tanda, penghadang jalan, lampu jalan dan sebagainya.

Jumlah Aduan

Kementerian Kerja Raya (KKR) menerima sebanyak 1,000 aduan menerusi aplikasi ini sejak 24 Ogos 2023.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyatakan aplikasi ini sambutan menggalakkan daripada orang ramai, namun sebahagian besar aduan tersebut bukan melibatkan jalan milik atau di bawah penyelenggaraan Kementerian Kerja Raya.

Walau bagaimanapun, kementerian tetap membantu menyalurkan aduan tersebut ke pemilik jalan seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), negeri dan jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa yang dibina di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah).

Cara Penggunaan

Cara untuk menggunakan aplikasi ini adalah seperti berikut:

1) Muat turun aplikasi ini di Google Play (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mypotholes&hl=en&gl=US&pli=1) atau Apple App Store (https://apps.apple.com/my/app/myjalan-kkr/id1603797786)

2) Klik bahagian “Daftar Sekarang.”

MyJalan KKR

3) Lengkapkan maklumat dan klik butang “Daftar.”

MyJalan KKR

4) Pilih jalan yang ingin dibuat aduan

MyJalan KKR

5) Masukkan keterangan aduan

6) Aduan diterima

Selepas ini, bolehlah anda mengajukan aduan dengan mudah tanpa perlu bergegas ke pejabat KKR atau Majlis Bandaraya.

Semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja!

Jadi, jom manfaatkan aplikasi ini untuk kebaikan bersama.

Maklumat Lanjut MyJalan KKR

Maklumat lanjut mengenai MyJalan KKR, sila layari https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/808?fbclid=IwAR1c31s_8NTH3-hMvHG1pBSWcELuKE2F29uoal5ogh_AS6Gzeou_J3I0b9g.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: