Portal ODL: Platform Pembelajaran Online Program Reskilling & Upskilling

On-Demand Learning (ODL) adalah portal pembelajaran terbaharu yang yang dibangunkan hasil kerjasama strategik antara AirAsia Academy bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kerjasama ini sejajar dengan Lonjakan 1, Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025, iaitu Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan, dan Seimbang yang memberi penekanan dalam aspek kebolehpasaran graduan.

Portal ini menjadi platform alternatif yang menawarkan program reskilling dan upskilling untuk para graduan menambah ilmu yang relevan bagi memenuhi keperluan industri.

Ini adalah sejajar dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menghasilkan graduan berkemahiran sepadan dengan keperluan IR 4.0 serta untuk memajukan negara sebagai sebuah negara yang dipacu secara digital. 

Kandungan ODL

Platform ini telah direka untuk pengguna pelbagai peringkat umur yang ingin mempelajari sesuatu yang baharu setiap hari.

Di dalam portal ini, terdapat lebih daripada 16,000 video daripada pelbagai kandungan teknologi dan bukan teknologi dan jumlah itu dijangka bakal melebihi 20,000 menjelang akhir tahun 2022.

Ia juga memuatkan konten yang telah diterbitkan oleh AirAsia Academy dengan memanfaatkan pangkalan data yang besar untuk konten-konten berkaitan tentang teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan analisis data.

Pelan Langganan

Konten portal ini ditawarkan melalui tiga pelan langganan:

  • Pelan langganan 1 tahun: RM28/bulan
  • Pelan Langganan 3 bulan: RM48/bulan
  • Pelan langganan 1 bulan: RM69/bulan

Kursus Yang Ditawarkan

Individu yang berminat boleh melayari lamn web https://airasiaacademy.com untuk kursus-kursus yang disediakan oleh AirAsia Academy.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai portal ODL, sila layari laman web https://airasiaacademy.com.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: