Permohonan PTD: Pegawai Tadbir & Diplomatik 2024/2025

Individu yang berminat untuk menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) adalah dialu-alukan untuk memohon Kadet PTD bagi mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam INTAN bagi tahun 2024/2025.
PTD ialah anggota perkhidmatan utama yang membantu kerajaan merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara.
Tugas utama jawatan ini adalah bertanggungjawab merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 14 November 2023 (Selasa), jam 11.59 malam.
Syarat Lantikan Wajib PTD
Terdapat 2 syarat lantikan wajib bagi jawatan ini iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Jumlah Kekosongan
Jumlah kekosongan bagi jawatan ini adalah 120 orang iaitu 84 lelaki dan 36 perempuan.
Syarat Lantikan
Syarat lantikan untuk calon bagi jawatan ini adalah seperti berikut:
Kelayakan Masuk | Ijazah Sarjana Muda Kepujian |
Bidang/Kelayakan Khusus | Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
Gaji Permulaan | M41: RM2,422.00 |
Atau;
Kelayakan Masuk | Ijazah Sarjana |
Bidang/Kelayakan Khusus | Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
Gaji Permulaan | M41: RM2,733.14 |
Atau;
Kelayakan Masuk | Ijazah Doktor Falsafah (PhD) |
Bidang/Kelayakan Khusus | Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. |
Gaji Permulaan | M41: RM3,044.48 |
Syarat Lantikan Tambahan
Pemohon juga perlu memenuhi syarat lantikan tambahan iaitu:
- Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan.
- Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara.
Syarat Bahasa Melayu
Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat Bahasa Melayu iaitu mendapat kepujian di peringkat SPM/SVM.
Cara Memohon
Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian menerusi pautan https://spa9.spa.gov.my/login.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai permohonan PTD, sila layari laman web https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/klasifikasi/perbekalanskim.asp?id_skim=3PM01&fbclid=IwAR1HlBP94S47u3C5TsKwCKubgosOyvBHXbdEbBcUoFnJ0lO1KReOYfFWz9I.