eSPKR: Permohonan Rumah PPRT 2023
Orang ramai boleh memiliki rumah menerusi rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) 2023.
PPRT merupakan salah satu program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang diperkenalkan oleh kerajaan.
SPKR merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar (miskin dan miskin tegar) dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Objektif pelaksanaan PPRT adalah untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.
Skop Bantuan Rumah PPRT
Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:
i) Bina Baharu
Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
ii) Baik Pulih
Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:
– Penyelenggaraan
– Penambahbaikan
– Requisition
Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.
Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk permohonan bina baharu adalah seperti berikut:
- Tidak mempunyai rumah
- Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami
- Tidak ekonomik untuk dibaiki
- Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh)
- Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
Untuk baik pulih pula, syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
- Warga emas
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai
- Mangsa bencana yang berskala kecil
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online/index.php?data=cGVybW9ob25hbjtzZW1ha2FuLnBocDs7Ow==
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Jika layak, lengkapkan permohonan sehingga selesai.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai rumah PPRT 2023, sila layari laman web https://www.rurallink.gov.my/program-perumahan-rakyat-termiskin-pprt/