SAKNJ: Permohonan Tahun 1 Sekolah Agama Kerajaan Johor 2026

Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah membuka permohonan kemasukan darjah 1 ke Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ) bagi tahun 2026.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan kemasukan ini.

Mengenai SAKNJ

SAKNJ telah diwujudkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar bagi memberikan pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di Negeri Johor.

Ia merupakan sekolah-sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor.

Pelaksanaan sekolah ini menggunakan perantaraan Bahasa Melayu untuk memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan agama yang teratur, sempurna dan dikawal oleh pihak pemerintah.

Kini, sekolah ini telah diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan walaupun di masa yang sama anak-anak mereka mendapat pendidikan agama menerusi mata pelajaran pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 01 Julai 2025 hingga 31 Oktober 2025.

Mata Pelajaran Yang Akan Diajar

Mata pelajaran yang akan diajar di sekolah ini adalah seperti berikut:

i- Tahap I (Darjah 1, 2 dan 3)

  • Pendidikan Al-Quran & Tajwid Pendidikan Tauhid
  • Pendidikan Ibadah
  • Pendidikan Akhlak
  • Pendidikan Sirah
  • Pendidikan Jawi
  • Pendidikan Bahasa Arab
  • Pendidikan Amali

ii- Tahap II (Darjah IV, V, VI)

  • Pendidikan Al-Quran & Tajwid
  • Pendidikan Tauhid
  • Pendidikan Fiqh I (Ibadah)
  • Pendidikan Figh II (Muamalat, Munakahat, Jenayat & Faraid)
  • Pendidikan Akhlak
  • Pendidikan Sirah
  • Pendidikan Bahasa Arab
  • Pendidikan Jawi
  • Pendidikan Amali

Syarat Kemasukan

Syarat kemasukan untuk ke sekolah ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Berumur 7 tahun pada tahun berkenaan

Cara Membuat Permohonan

Borang permohonan kemasukan boleh didapati di Sekolah Agama Kerajaan Johor yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada pihak sekolah adalah seperti berikut:

  1. 3 salinan sijil kelahiran calon                      
  2. 3 salinan Mykad                              
  3. 3 salinan kad pengenalan bapa/penjaga                             
  4. 3 salinan kad pengenalan ibu/penjaga                  
  5. 3 salinan sijil nikah ibu/bapa/penjaga                
  6. 3 salinan slip gaji ibu bapa/penjaga                    
  7. 3 salinan bil air/elektrik (jika berkaitan)               
  8. 3 salinan sijil pengangkatan (jika berkaitan)

Ibu bapa diingatkan untuk memastikan setiap dokumen yang dihantar perlulah disahkan terlebih dahulu.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan darjah 1 ke SAKNJ 2026, sila layari https://jainj.johor.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: