SIBF: Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023

Peminat-peminat buku di seluruh negara adalah dialu-alukan untuk menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Pesta Buku Antarabangsa Selangor ini buat julung kalinya telah dianjurkan pada tahun 2022 susulan kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

Sejak dianjurkan pada 2006, pesta buku tersebut yang bermula di Kompleks PKNS dan kemudian bertukar ke Pusat Konvensyen MBSA yang merekod hampir 5 juta pengunjung.

Pesta buku ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan masuk adalah percuma!

Tarikh, Masa, & Lokasi Pesta Buku Antarabangsa Selangor

Untuk tahun 2023, Pesta Buku Antarabangsa Selangor akan diadakan pada 1 hingga 10 Disember 2023.

Acara yang melibatkan penyertaan penerbit dan penulis negara luar dibuka jam 9 pagi hingga 9 malam di di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pempamer Yangg Terlibat

Sebanyak 225 pempamer tempatan dan antarabangsa antaranya United Kingdom, Turki, Macedonia Utara, Korea Selatan dan Mesir.

Senarai pempamer yang terlibat boleh dirujuk melalui pautan https://sibf.my/exhibitors_sibf2023/.

Acara Menarik

Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan kepada para pengunjung termasuk cabutan bertuah, jualan buku dan diskaun menarik.

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan adalah:

Lawatan Sekolah

Bagi sekolah yang berminat untuk membuat lawatan ke pesta buku ini, mereka adalah dikehendaki untuk mengisi google form di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc-0sh4T-N7gAgL4-_AXsKI32sYKa0g-bBDBEjj6bgmZArLvA/viewform.

Sila isi semua maklumat dengan lengkap dan klik butang ‘Submit.’

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai pesta buku ini, sila hubungi talian 03-5519 7667 atau melayari laman web https://sibf.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: