Pakej 5G RAHMAH: Pelan Telco & Harga Ditawarkan

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat serta dua 2 syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia bakal menawarkan Pakej 5G RAHMAH.
Pakej 5G RAHMAH ditawarkan sebagai usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.
lni juga dilaksanakan untuk memberi fokus bagi mengurangkan beban ekonomi rakyat dalam aspek pembelian internet.
Mengenai Pakej 5G RAHMAH
Pakej 5G RAHMAH merupakan pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00.
Ini termasuklah pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan dan terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Untuk golongan B40 pula, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00.
Ini termasuklah dengan tempoh waranti 2 tahun berbanding hanya 1 tahun sebelum ini.
Tarikh Berada Di Pasaran
Pakej ini akan berada di pasaran bermula pada 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan.
Syarikat Telco Terlibat
Syarikat telco yang terlibat dalam menyediakan pakej ini adalah:
i) Celcom Digi
ii) Maxis
iii) U Mobile
iv) Unifi
v) Yes
Cara Pembelian / Pendaftaran Pakej 5G RAHMAH
Untuk membeli dan mendaftar bagi pakej ini, terdapat 2 cara yang boleh dilakukan iaitu:
- Bersemuka di pusat jualan telco
- Melalui dalam talian telco terlibat
Soalan Lazim
Pakej ini menawarkan pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 sehingga RM1,099.
Data dan harga yang ditawarkan menerusi pakej ini adalah 60GB pada harga RM60.00 sebulan.
Untuk golongan B40, sebanyak 100,000 pelanggan terawal akan menikmati pakej ini dengan harga telefon pintar serendah RM120.00.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pakej ini, layari laman web KKD iaitu https://www.kkd.gov.my/.