PISP 2024: Permohonan Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi)

Bagi individu yang berminat untuk menyambung pengajian bagi Program Ijazah Sarjana Perguruan (Pedagogi) (PISP) 2024 di Institut Pendidikan Guru (IPG), permohonan kemasukan akan dibuka.

Berikut adalah maklumat mengenai permohonan ini dan tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon.

Mengenai IPG

IPG merupakan penyedia pendidikan guru di Malaysia yang menganugerahkan sijil, diploma atau ijazah perguruan di bawah Peruntukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 4.

Peraturan 13 P.U.(A) 388 Warta Kerajaan di bawah Peraturan-Peraturan Pendidikan (Institut-Institut Pendidikan Guru) 2010 Bahagian IV Peraturan 13 memperuntukkan “Kursus Pengajian dan Program Latihan Guru” hendaklah terdiri daripada Kursus Perguruan Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan.

Selain itu, program dan latihan yang ditawarkan di IPG juga adalah mematuhi Standard Latihan Pembangunan Profesionalisme (SLPP) bagi meningkatkan kualiti Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) secara berterusan melalui latihan yang terancang dan sistematik.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan seperti yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan setaraf (kecuali PPP Lepasan Diploma yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun/diploma perguruan/ Pendidikan.
  3. Guru lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
  4. Bebas daripada sebarang tindakan disiplin/undang-undang.
  5. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Program.

Syarat Tembahan

Syarat tambahan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Telah berkhidmat secara tetap lebih daripada 3 tahun.
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan.
  3. Markah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) untuk tempoh 3 tahun terkini ialah sekurang-kurangnya 85%.

Garis Masa

Garis masa untuk perhatian pemohon adalah seperti di bawah:

Cara Memohon PISP 2024

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://mypdpp.moe.gov.my/ mulai 29 April sehingga 22 Mei 2024.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai PISP 2024, sila layari laman web https://pisp.moe.edu.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: