Permohonan DPLI UKM 2024: Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuka permohonan kepada pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti tersebut bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UKM Eksekutif ambilan September 2023.

DPLI merupakan salah satu sijil atau Diploma ikhtisas yang diperlukan bagi guru-guru yang mengajar di semua sekolah di seluruh Malaysia sama ada sekolah kerajaan atau swasta.

Menariknya Program DPLI UKM Eksekutif ini adalah ianya dilaksanakan dalam mod cuti sekolah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah melibatkan pengajian selama satu tahun setengah.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Januari 2024.

Kelebihan DPLI UKM

Terdapat beberapa kelebihan program ini iaitu:

  • Dilaksanakan semasa cuti persekolahan.
  • Yuran Pengajian berpatutan.
  • Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun 6 bulan (18 bulan).
  • Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi.
  • Mendapat pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Yuran pengajian RM10,200 (bayaran boleh dibuat mengikut semester).
  • Pembelajaran yang fleksibel.

Lokasi Pengajian

Lokasi pengajian ini adalah seperti berikut:

  • Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
  • Institut Pendidikan Guru Kota Bharu, Kelantan
  • Institut Pendidikan Guru Batu Lintang, Kuching, Sarawak
  • UCSF Kota Kinabalu, Sabah

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mempunyai nilai PNGK Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya 2.5.
  2. Tiada Ujian MEdSI dan temuduga dijalankan. Temuduga hanya akan dibuat sekiranya PNGK pemohon di bawah 2.5 selain tempoh bekerja juga akan diambil kira.
  3. Tiada had umur permohonan.  

Struktur Bayaran

Struktur bayaran yang dikenakan bagi program ini adalah seperti berikut:

i) Semester 1

  • Bayaran pertama: RM1500 sebelum Februari 2024
  • Bayaran kedua: RM1000 sebelum Mac 2024
  • Bayaran ketiga: RM1000 sebelum Jun 2024

ii) Semester 2

  • Bayaran pertama: RM1500 sebelum September 2024
  • Bayaran kedua: RM2000 sebelum Disember 2024

iii) Yuran semester 3

  • Bayaran pertama : RM2200 sebelum Februari 2025
  • Bayaran kedua : RM1000 sebelum Mac 2025

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://tinyurl.com/pendaftaranDPLIUKM2024.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Koperasi Siswazah Bangi Berhad di talian 014-2728919.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: