Kemasukan Ke UiTM: Sarjana Muda & Profesional (Mac 2024)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan membuka permohonan kepada pemohon yang berminat untuk melanjutkan pengajian bagi kemasukan UiTM ambilan Mac 2024.

Permohonan kemasukan ini dibuka untuk program pengajian berikut iaitu:

  • Program Sarjana Muda (sepenuh masa)
  • Program Profesional (sepenuh masa)

Pemohonan kemasukan ke UiTM ini akan dibuka mulai 30 Oktober 2023 sehingga 3 Disember 2023 bagi Program Sarjana Muda dan Program Profesional mulai 30 Oktober 2023 sehingga 28 Januari 2024.

Kategori Permohonan Ke UiTM

Kategori permohonan yang akan ditawarkan adalah seperti berikut:

i) Program Sarjana Muda

  • Lepasan STPM
  • Lepasan Matrikulasi KPM
  • Lepasan STAM
  • Lepasan Asasi UiTM
  • Lepasan Asasi Sains UM
  • Lepasan ASASIpintar
  • Lepasan Diploma UiTM
  • Lepasan KKB UiTM
  • Lepasan Diploma IPT lain
  • Lepasan Diploma Vokasional
  • Lepasan Diploma Kemahiran Malaysia

ii) Penerapan

  • Semester akhir Diploma UiTM
  • KKB UiTM Sarjana Muda
  • Semester akhir Asasi Undang-Undang UiTM (PI005) ke Sarjana Muda

iii) Profesional

  • AC151-ACCA Foundation in Accounting (ACCA FIA) (UK)
  • AC551-The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (UK)

Tatacara Permohonan

Untuk permohonan kemasukan ke UiTM ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Beli No Pin di cawangan BSN yang berdekatan mulai 30 Oktober 2022 (Isnin).
  2. Isi borang permohonan di laman web http://online.uitm.edu.my.
  3. Hantar permohonan sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ke UiTM ambilan Mac 2024, sila hubungi:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: