Contoh Poster Hari Merdeka 2023 Yang Kreatif & Menarik

Untuk menyampaikan mesej-mesej sempena Hari Merdeka, salah satu cara yang boleh dilakukan adalah menerusi poster Hari Merdeka.

Poster merupakan reka bentuk grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, gambar atau foto, reka letak dan gubahan warna untuk menyampaikan mesej atau maklumat secara mudah dan spontan.

Untuk menyemai semangat patriotik dan cinta akan negara, poster boleh digunakan untuk menyampaikan mesej-mesej tersebut.

Ini juga sebagai salah satu cara yang kreatif dalam menyampaikan mesej-mesej sempena bulan Kemerdekaan untuk dihayati oleh semua rakyat Malaysia.

Peranan Poster Hari Merdeka

Poster sempena hari mereka mempunyai peranannya yang tersendiri untuk:

  • Menyampaikan Mesej Kemerdekaan: Poster berperanan menyampaikan mesej-mesej kemerdekaan untuk diingati oleh seluruh rakyat. Tambahan pula, mesej yang disampaikan bukan hanya berbentuk perkataan tetapi juga lakaran yang menggambarkan peri pentingnya kemerdekaan kepada negara.
  • Menyebarkan Nilai-Nilai Semangat Patriotik dan Cinta Akan Negara: Poster mampu menarik perhatian generasi muda sebagai alat untuk menyebarkan semangat patriotik dan cikta akan negara terutamanya kepada golongan muda.
  • Menyampaikan Mesej Perpaduan: Poster juga berperanan dalam menyampaikan mesej perpaduan kepada rakyat untuk menghargai dan bersama-sama mempertahankan kemerdekaan negara yang dikecapi selama ini.
  • Menyuburkan Kreativiti Artis/Seniman: Poster sempena Hari Merdeka akan memberi peluang kepada artis atau seniman tempatan untuk menunjukkan kreativiti mereka dalam menyampaikan mesej kemerdekaan kepada orang ramai dengan unik dan kreatif.
  • Medium Menyebarkan Informasi Rakyat: Poster boleh digunakan untuk mengumumkan acara-acara dan aktiviti-aktiviti sempena Hari Kemerdekaan yang bakal berlangsung.

Contoh-Contoh Poster

Antara contoh-contoh poster sempena Hari Merdeka 2023 adalah seperti berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: