PPBU 2023: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat

Yayasan Bank Rakyat akan membuka tawaran bagi pelajar memerlukan pembiayaan pendidikan menerusi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023.

Tujuan utama Yayasan Bank Rakyat memperkenalkan PPBU adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi tetapi memerlukan bantuan pembiayaan untuk menerima pendidikan di IPTA atau IPTS tempatan dan Institut Latihan dalam negara secara sepenuh masa.

Tawaran ini terbuka kepada pelajar yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di IPT dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC).

Untuk pemohon yang berminat, permohonan boleh dibuat mulai 18 September 2023 sehingga 17 Oktober 2023.

Peringkat Pengajian

Pembiayaan ini layak untuk peringkat pengajian berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana
  • Sijil Professional
  • Doktor Falsafah

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah seperti berikut mengikut peringkat pengajian:

Peringkat PengajianJumlah Pembiayaan
Sijil KemahiranMaksimum RM30,000 untuk 2 tahun (RM400 sebulan)
Diploma KemahiranMaksimum RM30,000 untuk 3 tahun (RM400 sebulan)
DiplomaMaksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5,000)

Kursus Yang Layak

Pembiayaan ini terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali kursus perubatan dan penerbangan.

Keutamaan permohonan akan diberikan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam kursus berikut:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari

Bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma, kursus yang layak adalah dalam semua bidang pengajian.

Untuk peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), institusi mereka perlulah diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) manakala bagi sijil kemahiran lain pula diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.

Pembayaran Balik

Bayaran balik pembiayaan ini adalah bergantung berpada CGPA terakhir yang diperoleh pelajar.

Menariknya, pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas tidak perlu membuat pembayaran balik.

CGPADiskaunPeratusan Pembayaran Balik
3.50-4.00100%0%
3.33-3.4990%10%
3.00-3.3280%20%
2.75-2.9950%50%
2.50-2.7430%70%
<2.500%100%

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan etnik.
  2. Perlajar mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta tempatan dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  3. Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC)/Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diiktiraf oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat.

Syarat Khusus

Syarat khusus bagi pembiayaan pendidikan ini adalah seperti berikut:

i) Ijazah Sarjana Muda

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Hanyak layak untuk mod pengajian sepenuh masa sahaja.
  3. Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.
  4. Tidak kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  5. Umur tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.
  6. Mempunyai pengesahan kemasukan daripada Universiti Awam atau Swasta atau Pusat Latihan.
  7. Pemohon mestilah memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM.
  8. Tempoh pengajian 4 tahun/8 Semester.
  9. Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM9, 500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM6,500) (Yuran dan Elaun).

ii) Sarjana

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Hanyak layak untuk mod pengajian sepenuh masa sahaja.
  3. Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.
  4. Tidak kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  5. Umur tidak melebihi 45 tahun selepas tamat pengajian Sarjana.
  6. Mempunyai pengesahan kemasukan daripada Universiti Awam atau Swasta atau Pusat Latihan.
  7. Pemohon mesti memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.00 dan ke atas.
  8. Tempoh pengajian 2 Tahun/4 Semester.
  9. Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM12,000 setahun (Yuran dan Elaun).

iii) Sijil Professional

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Hanyak layak untuk mod pengajian sepenuh masa sahaja.
  3. Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.
  4. Tidak kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  5. Umur tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian.
  6. Mempunyai pengesahan kemasukan daripada Universiti Awam atau Swasta atau Pusat Latihan.
  7. Pemohon mesti memiliki Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.00 dan ke atas.
  8. Tempoh pengajian 2 Tahun/4 Semester.
  9. Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM28,500 untuk 2 tahun (Yuran dan Elaun).

iii) Doktor Falsafah

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Hanyak layak untuk mod pengajian sepenuh masa sahaja.
  3. Pemohon mesti mempunyai akaun simpanan dengan Bank Rakyat dengan baki akaun minimum RM100 sebelum memohon.
  4. Tidak kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  5. Umur tidak melebihi 50 tahun selepas tamat Doktor Falsafah.
  6. Mempunyai pengesahan kemasukan daripada Universiti Awam atau Swasta atau Pusat Latihan.
  7. Pemohon mesti memiliki Ijazah Sarjana dengan PNGK 3.00 dan ke atas.
  8. Tempoh pengajian 3 Tahun/6 Semester.
  9. Jumlah Pembiayaan: Maksimum RM55,800 untuk 3 tahun (Yuran dan Elaun).

Cara Memohon

Cara membuat permohonan boleh dilihat menerusi gambar di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan PPBU, sila layari laman web https://yayasanbankrakyat.com.my/index.php/ppbu/ppbu.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: