PPC: Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2022

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang kepada pelajar cemerlang Program Matrikulasi KPM untuk memohon Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) bagi ambilan tahun 2022.

Untuk makluman, PPC adalah tajaan Biasiswa penuh daripada KPM kepada pelajar cemerlang lepasan SPM dan Matrikulasi yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama di luar negara bagi memenuhi keperluan perkhidmatan khususnya untuk perkhidmatan perguruan di KPM setelah pelajar tamat belajar.

Ini bermakna, pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan ditempatkan sebagai tenaga pengajar di kolej-kolej matrikulasi KPM seluruh negara.

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan mulai 6 Mac 2022 sehingga 16 Mac 2022.

Bidang Layak Memohon

Bidang yang layak memohon untuk program ini adalah seperti berikut:

  • Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM)
  • Perakaunan

Bermula tahun 2022, Program PPC Matrikulasi diperluas dalam bidang Bahasa Inggeris untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) terbaik di Malaysia.

Ikatan Kontrak

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh KPM dan telah tamat jaya program ini adalah tertakluk kepada terma ikatan kontrak perjanjian KPM seperti berikut:

  • Pelajar perlu berkhidmat dengan kerajaan di bawah Skim Perkhidmatan Perguruan setelah tamat pengajian.
  • Tempoh ikatan kontrak bersama kerajaan adalah selama 8 tahun.
  • Pelajar yang melanggar kontrak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan perjanjian dengan bayaran ganti rugi kos sebenar.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan KPM untuk permohonan program ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon memperolehi PNGK 3.5 dan ke atas dalam Peperiksaan Semester 1 Program Matrikulasi (PSPM).
  • Pemohon memperoleh gred A bagi mata pelajaran dalam bidang pengajian yang dipilih dalam PSPM.
  • Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam SPM.
  • Pemohon memperolehi sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET)
  • Pemohon memperoleh keputusan minimum B bagi Bahasa Inggeris 1119 dan English GCE-O Level di peringkat SPM dan skor 6.5 bagi IELTS.

Cara Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan dengan memohon menerusi laman web http://apps.matrik.edu.my/sltppm/.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PPC, sila layari laman web http://apps.matrik.edu.my/sltppm/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: