Pahang Pride Student: Kad Diskaun & Wang Tunai RM100

Kerajaan Negeri Pahang sebelum ini telah mengumumkan bantuan khusus kepada pelajar di Negeri Pahang menerusi Pahang Pride Student.

Pahang Pride Student merupakan bantuan dari Kerajaan Negeri Pahang yang diberikan khusus kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah di negeri tersebut.

Inisiatif ini dijalankan hasil daripada kerjasama yang wujud antara kerajaan negeri dan MBS Book & Stationeries.

Apakah Bantuan Pahang Pride Student?

Menerusi inisiatif ini, terdapat 2 bantuan yang akan diterima pelajar iaitu:

  • Kad diskaun sebanyak 20% kepada Ketua Isi Rumah untuk membeli barangan kelengkapan sekolah.
  • Wang Tunai RM100 kepada pelajar kategori miskin dan miskin tegar bagi membeli barangan keperluan persekolahan.

Syarat Kelayakan Pahang Pride Student

Syarat kelayakan untuk menerima kad diskaun ini adalah seperti berikut:

  1. Ketua Isi Rumah dari kumpulan B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850) yang mempunyai anak yang masih bersekolah; atau
  2. Ketua Isi Rumah dari kumpulan M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970) yang mempunyai anak yang masih bersekolah.

Cara Permohonan

Bagaimana cara untuk mendapatkan kad ini?

Pihak sekolah akan mengedarkan kad ini kepada Ketua Isi Rumah.

Selain itu, ibu bapa juga boleh pergi terus ke kedai buku MBS dan menyemak kelayakan dengan mengemukakan kad pengenalan Ketua Isi Rumah untuk tujuan permohonan kad diskaun ini.

Lokasi Kedai MBS

Untuk menggunakan kad diskaun tersebut, penggunaan kad tersebut hanya boleh dibuat di MBS Books & Stationery di negeri Pahang sahaja.

Lokasi MBS Books & Stationery adalah seperti berikut:

  • MBSWorld, Kuantan.
  • MBSECM, East Coast Mall, Kuantan.
  • MBS Temerloh
  • MBS Bera
  • MBS Maran
  • MBS Jengka
  • MBS Mentakab
  • MBS Limbong
  • MBS Pekan
  • MBS Jerantut
  • MBS Chukai
  • MBS Muadzam
  • MBS Raub
  • MBS Lipis
  • MBS Art Store, Kuantan
  • MBS Air Putih
  • MBS Balok
  • MBS Taman Tas
  • MBS Indera Mahkota
  • MBS Bentong
  • MBS Rompin (akan dibuka)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, layari laman web berikut :


Baca juga: STR Fasa 2: Tarikh & Jumlah Pembayaran


SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: