Program Jualan RAHMAH: Senarai Lokasi Jualan Seluruh Negara

Bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat, kerajaan sebelum ini telah melancarkan Program Jualan RAHMAH di seluruh negara.

Program Jualan RAHMAH adalah salah sebuah program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia (KPDN).

Menerusi program ini, rakyat akan menikmati penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30% lebih murah daripada harga biasa pasaran setempat.

Program ini dilaksanakan melalui kolaborasi bersama pemain industri sektor peruncitan seperti pasaraya dan hypermarket di lokasi-lokasi terpilih di setiap kawasan Parlimen semasa tempoh kempen dijalankan.

Sejak penganjuran program jualan diperkenalkan awal Januari lalu, sebanyak 1,193 lokasi terbabit program itu sehingga hari ini.

Jumlah keseluruhan pengunjung adalah lebih 2 juta dengan rekod jualan seluruh negara melebihi RM50 juta.

Matlamat Penganjuran Program Jualan RAHMAH

Terdapat dua matlamat utama penganjuran program ini iaitu:

  • Merancakkan ekonomi sektor peruncitan kawasan setempat.
  • Mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Kekerapan Penganjuran

KPDN mensasarkan akan melaksanakan program jualan ini 2 kali sebulan di 640 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara bermula bulan ini.

Ini bermakna KPDN menyasarkan sebanyak 6,400 lokasi penganjuran program Jualan Rahmah membabitkan 640 kawasan DUN sehingga hujung tahun ini.

Pelaksanaan program sebanyak 2 kali sebulan susulan peruntukan tambahan RM50 juta untuk memperluaskan inisiatif itu seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lokasi Penganjuran

Lokasi penganjuran program ini boleh dirujuk menerusi pautan di setiap negeri:

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program Jualan RAHMAH, sila layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/jualan-rahmah.html.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: