program-latihan-belia-autisme

Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme) ILKBS 2022

Belia autisme yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Latihan Kemahiran Belia (ILKBS) boleh memohon kemasukan menerusi Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme) ILKBS bagi tahun 2022.

Program ini merupakan inisiatif daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menawarkan latihan kemahiran pada semua golongan belia secara inklusiviti tanpa meminggirkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bertepatan dengan Dasar Belia Malaysia yang telah digubal.

Menerusi program ini, belia autisme akan diberikan latihan menerusi 3 program kemahiran yang ditawarkan.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sehingga 6 Mac 2022 secara atas talian.

Progam Latihan Kemahiran

Program latihan kemahiran yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i) [email protected]

Program ini adalah program latihan kemahiran dalam Bidang Kulinari melibatkan pembuatan bakeri, pastri dan makanan.

Ini dapat memastikan golongan inklusiviti belia autisme ini bersedia bekerja dalam bidang Hospitaliti ataupun menyertai bidang perniagaan sebagai usahawan.

Program ini dijalankan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang, Selangor.

ii) [email protected]

Program ini adalah kemahiran dalam bidang Teknologi Maklumat seperti aplikasi pengurusan pejabat serta aplikasi penyuntingan video.

Ini dapat memastikan golongan belia Autisme ini bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat ataupun menyertai bidang perniagaan sebagai usahawan.

Program ini dijalankan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Selangor.

iii) [email protected]

Program ini adalah kemahiran dalam bidang Pengurusan Cafe.

Pemohon akan mempelajari bidang Pengurusan cafe seperti penyediaan makanan bakeri dan pastri, barista serta pengurusan perniagaan.

Ini dapat memastikan golongan belia Autisme ini bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan Pengurusan Cafe ataupun menyertai bidang perniagaan sebagai usahawan.

Program ini dijalankan di Rimau Cafe, Menara KBS, Putrajaya.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohonan Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme) ILKBS ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon berumur 17 – 30 tahun.
  3. Pemohon memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  4. Pemohon terdiri daripada Autisme kategori Mild dan Hi Functioning sahaja.
  5. Pemohon boleh membaca, menulis dan mengira.
  6. Pemohon boleh berdikari.
  7. 7. Mengisi Borang Penilaian Karakter Calon
  8. 8. Calon yang berjaya akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan untuk memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://tinyurl.com/inklusivitiILKBS
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Pilih kursus kemahiran yang ingin diambil.
  4. Pastikan semua maklumat diisi sebelum membuat permohonan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia (Autisme) ILKBS ini, sila hubungi Puan Hannita di talian 03-8871 3701.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top