Kursus UTM: Senarai Kursus Ijazah Sarjana Muda UTM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah satu Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menawarkan pelbagai kursus kepada pelajarnya.

UTM merupakan IPTA di Malaysia yang telah ditubuhkan pada 1972 yang mempunyai 3 kampus iaitu UTM Kampus Johor Bahru, UTM Kampus Pagoh, dan UTM Kampus Kuala Lumpur.

Sebelum 1975, nama asal universiti ini adalah Institut Teknologi Kebangsaan namun ditukar selepas itu selepas mencapai taraf universiti.

Universiti ini terpilih sebagai universiti penyelidikan keempat selepas UM, UKM, UPM, dan USM di Malaysia pada 2010.

University Technology Malaysia (UTM), Skudai

Senarai Kursus UTM

Senarai kursus yang ditawarkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda di UTM adalah seperti berikut:

1) Fakulti Kejuruteraan

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Senibina Kapal dan Kejuruteraan Luar Pantai dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bioproses) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Gas) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Bioperubatan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Biometrik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Data) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan Komputer) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) dengan Kepujian

2) Fakulti Alam Bina dan Ukur

  • Sarjana Muda Senibina Landskap dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Senibina dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Ukur Bahan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Pembinaan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Geoinformatik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains Pengurusan Harta Tanah dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik dengan Kepujian

3) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Binaan Bangunan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Elektrik dan Elektronik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Teknologi dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Sains Sukan) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kimia) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Fizik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Psikologi dengan Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian

4) Fakulti Sains

  • Sarjana Muda Sains (Kimia) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Fizik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Biologi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Kimia Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Fizik Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Biologi Industri) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Sains (Matematik Industri) dengan Kepujian

5) Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim

  • Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian

6) Malaysia-Japan International Institute of Technology

  • Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektronik dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Kejuruteraan Proses Kimia dengan Kepujian

7) Fakulti Teknologi Informatik Razak

  • Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Reka Bentuk Industri)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kursus UTM, sila layari laman web https://space.utm.my/bachelor-degree-programme/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: