Pengambilan PDRM: Permohonan Konstabel Polis Gred YT1 2024

Individu yang berminat untuk menjadi anggota polis adalah dialu-alukan untuk memohon jawatan Konstabel Polis Gred YT1 2023 bagi tahun 2024.

Berikut adalah maklumat mengenai jawatan ini dan cara untuk memohon.

Mengenai Konstabel Polis Gred YT1

Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 juga dikenali dengan Konstabel Sokongan ini ditawarkan kepada calon yang memiliki kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Selain itu, mereka yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun, serta memenuhi syarat kelayakan boleh mendaftar di dalam portal rasmi e-Pengambilan PDRM.

Permohonan bagi jawatan ini dibuka bermula 29, 30 April, dan 2 Mei.

Deskripsi Tugas Konstabel Polis

Untuk mereka yang layak menjawat jawatan ini, mereka akan menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi di:

  • Melaksanakan Penguatkuasaan Undang-undang.
  • Mengekalkan Keamanan dan Keselamatan
    – Membantu menjalankan tugas rondaan keselamatan.
  • Aktiviti Penyiasatan dan Pendakwaan
    – Mengumpul maklumat.
    – Membantu mengiringi dan menjaga banduan serta orang tahanan
    – Menghadiri perbicaraan di mahkamah.
  • Mengumpul Risikan Keselamatan
  • Mencegah dan Mengesan Jenayah
    – Menjalankan tugas pencegahan jenayah dan membuat tangkapan.
  • Skop, Fungsi dan Tugas-Tugas Khas
    – Mengawal keselamatan pejabat dan bangunan-bangunan polis.
    – Mengawal pintu keluar masuk ke kawasan polis.
    – Bertugas sebagai pemandu kenderaan PDRM.
  • Menjalankan tugas housekeeping dan sajian makanan di mes polis.
    – Membantu urusan pentadbiran (orderly) di pejabat dan membantu di setor polis.
  • Aspek Pengurusan Organisasi
    – Menghadiri latihan dan menjalankan aktiviti penambahbaikan.

Gaji & Faedah

Gaji dan faedah bagi jawatan ini adalah seperti berikut:

  • Gaji RM 1,220.00 – RM 2,748.00
  • Elaun Khidmat
  • Elaun Sara Hidup/Bayaran Insentif Wilayah
  • Bayaran lnsentif Khas PDRM
  • Elaun Perumahan
  • Lain-lain elaun mengikut jabatan

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi jawatan ini adalah seperti berikut:

  1.  Terdiri Daripada Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online;
  3. Kelayakan Akademik :
    – PMR: Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D (Minimum).
    – PT3: Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (ujian bertulis dan lisan) dengan mendapat Gred C dan Lulus sekurang-kurangnya empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E (Minimum).

Kelayakan Fizikal

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi kelayakan fizikal iaitu:

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 1.63m (lelaki) dan 1.57m (wanita) tanpa bersepatu.
  2. Berat badan sekurang-kurangnya 50kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg (wanita).
  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon hendaklah hadir ke pusat pemeriksaan berikut pada tarikh yang ditetapkan.

i) Lelaki

ii) Perempuan

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan konstabel Polis Gred YT1, sila layari laman web https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/.

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: