Puasa Zulhijjah: Niat & Tarikh Pelaksanaannya

Di dalam bulan Zulhijjah, terdapat beberapa hari yang disunatkan umat Islam untuk berpuasa.

Ini terutamanya ketika Hari Arafah yang mana ia jatuh pada 9 Zulhijjah di dalam kalendar Hijrah.

Ini berpandukan hadis daripada Ibn Abbas R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun” (Riwayat Abu Daud (2082).

Namun, apabila umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha, umat Islam diharamkan untuk berpuasa pada hari tersebut.

Kategori Puasa Zulhijjah

Terdapat 9 hari di bulan Zulhijjah tersebut, terdapat 3 kategori puasa iaitu Puasa Sunat Zulhijjah (1 sehingga 7 Zulhijjah), Puasa Sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Puasa Sunat Arafah (9 Zulhijjah).

Niat Puasa

Niat puasa sunat di dalam bulan Zulhijjah ini adalah seperti berikut:

i) Niat Puasa Sunat Zulhijjah
“Sahaja aku puasa sunat di bulan Zulhijjah kerana Allah Ta’ala”

ii) Puasa Sunat Tarwiyah
“Sahaja aku niat puasa sunat Tarwiyah kerana Allah Ta’ala”

iii) Puasa Sunat Hari Arafah
“Sahaja aku niat puasa sunat hari Arafah kerana Allah Ta’ala”

Tarikh Disunatkan & Diharamkan Puasa

Secara umumnya, umat Islam disunatkan untuk berpuasa pada 1 sehingga 9 Zulhijjah pada setiap tahun.

Manakala bagi 10 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah pula, umat Islam diharamkan berpuasa kerana meraikan Hari Raya Aidiladha dan jatuhnya Hari Tasyrik.

i) Tarikh Sunat Berpuasa

  • 1 Zulhijjah: Selasa, 20 Jun 2023
  • 2 Zulhijjah: Rabu, 21 Jun 2023
  • 3 Zulhijjah: Khamis, 22 Jun 2023
  • 4 Zulhijjah: Jumaat, 23 Jun 2023
  • 5 Zulhijjah: Sabtu, 24 Jun 2023
  • 6 Zulhijjah: Ahad, 25 Jun 2023
  • 7 Zulhijjah: Isnin, 26 Jun 2023
  • 8 Zulhijjah: Selasa, 27 Jun 2023
  • 9 Zulhijjah: Rabu, 28 Jun 2023

ii) Tarikh Haram Berpuasa

  • Hari Raya Aidiladha: 10 Zulhijjah: Khamis, 29 Jun 2023
  • Hari Tasyrik: 11 Zulhijjah: Jumaat, 30 Jun 2023
  • Hari Tasyrik: 12 Zulhijjah: Sabtu, 1 Julai 2023
  • Hari Tasyrik : 13 Zulhijjah: Ahad, 2 Julai 2023

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: