SAVE 4.0: E-Rebat RM400 Peralatan Elektrik Cekap Tenaga

Untuk mereka yang ingin membeli peralatan elektrik, dapatkan e-rebat pembelian peralatan elektrik cekap tenaga menerusi SAVE 4.0.

Bagi mengetahui cara untuk membuat permohonan, dikongsikan cara-cara untuk membuat permohonan bagi mendapatkan e-rebat tersebut.

Mengenai SAVE 4.0

Program SAVE 4.0 atau Sustainability Achieved Via Energy Efficiency adalah program yang menawarkan e-rebat maksimum RM400 kepada isi rumah domestik yang membeli peralatan elektrik cekap tenaga dengan label kecekapan tenaga 4 bintang atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

Program ini merupakan kesinambungan kepada Program SAVE 3.0 yang pernah dilaksanakan sebelum ini oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menerusi pembiayaan Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) sebanyak RM50 juta.

Program ini dikelolakan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) sebagai agensi pelaksana.

Jangka Masa Program

Jangka masa program ini dilaksanakan adalah selama 1 tahun, iaitu dari Disember 2023 hingga Disember 2024.

Kadar e-Rebat

Kadar e-rebat yang ditawarkan menerusi program ini adalah sehingga RM 400 (RM 200 untuk penyaman udara dan RM200 untuk peti sejuk) bagi pembelian peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang.

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin mendapatkan e-rebat ini perlu memenuhi syarat permohonan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Merupakan pemilik akaun elektrik tarif domestik yang berdaftar dengan syarikat-syarikat utiliti (TB, SESB, SEB dan NUR Power) layak untuk memohon.
  3. Terhad kepada satu akaun bil elektrik sahaja bagi setiap pembelian penyaman udara dan peti sejuk, bagi pembelian bermula pada 10 Disember 2023 secara first come, first serve basis.

Peralatan Elektrik Yang Boleh Dibeli

Peralatan elektrik yang boleh dibeli adalah seperti berikut:

i) Daikin

ii) Hisense

iii) Midea

iv) Toshiba

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, terdapat 2 kaedah permohonan yang boleh dilaksanakan iaitu:

  1. Membawa bil elektrik terkini dan membuat pembelian secara fizikal di kedai-kedai elektrik / pasar raya berdaftar di bawah Program SAVE 4.0; atau
  2. Memohon e-rebat dan membuat pembelian secara atas talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program SAVE 4.0 boleh didapati dengan melayari laman sesawang rasmi di patan https://www.seda.gov.my/saveprogram/ atau melayari microsite yang disediakan di platform e-dagang.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: