Permohonan Guru DG41 “Contract of Service” Terengganu

Bagi individu yang berminat untuk menjadi guru, permohonan menjadi guru DG41 secara “Contract of Service” di bawah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) telah dibuka.

Berikut diterangkan cara untuk memohon jawatan ini.

Tawaran Guru DG41 Contract of Service

Tawaran ini dibuka kepada calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam yang telah menamatkan pengajian dan telah memperoleh keputusan senat Universiti pada tarikh tutup hebahan ini untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Secara “Contract Of Service.”

Penempatan bagi jawatan ini adalah seperti berikut:

  • Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
  • Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman (*).
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Umur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2024.
  4. Memiliki kelulusan akademik:
    – Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    – Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan serta memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    – Pemohon perlu mengemukakan surat pengiktirafan Ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) semasa permohonan serta dibawa bersama semasa menghadiri sesi temuduga.
  5. Wajib mendapatkan Dos Imunisasi COVID-19 yang lengkap.

Cara Mengemukakan Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang http://jheatweb.terengganu.gov.my atau dengan melayari http://facebook.com/JabatanPendidikanIslamNegeriTerengganu mulai 17 Disember 2023 (Ahad).
  2. Calon dikehendaki untuk memilih 1 aliran sahaja (UMUM atau AGAMA) bagi permohonan jawatan ini. Sekiranya didapati calon mengisi kedua-dua pilihan, permohonan calon akan ditolak.
  3. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak teratur juga akan ditolak.
  4. Calon yang didapati memberi maklumat yang salah/ tidak benar/memanipulasi maklumat dalam permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undangundang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, semasa lapor diri bertugas dan selama tempoh kontrak.
  5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Pengetahuan Am & Daya Berfikir sebelum di temu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara “Contract Of Service”.
  6. Calon boleh membuat semakan status permohonan bagi saringan seterusnya melalui laman sesawang http://jheatweb.terengganu.gov.my dan http://facebook.com/JabatanPendidikanIslamNegeriTerengganu.
  7. Hanya calon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temuduga mengikut opsyen yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dan keputusan panggilan ujian atau temuduga adalah muktamad.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai permohonan guru DG41 secara “Contract of Service,” sila layari laman web https://jheat.terengganu.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: