Semakan Calon Ujian Kelayakan SMAN Johor 2026

Murid yang telah memohon kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Johor sesi 2026 boleh membuat semakan calon ujian kelayakan mulai 17 September 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai permohonan kemasukan ini.

Mengenai SMAN Johor

Untuk makluman, SMAN Johor merupakan institusi pendidikan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang menawarkan integrasi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Kementerian Pendidikan Malaysia dan kurikulum berasaskan Agama.

Pelajar yang memasuki sekolah ini akan didedahkan mengenai pembelajaran kurikulum daripada KPM dan Agama sehingga ke Tingkatan 5.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah yang boleh dipohon untuk kemasukan ini adalah seperti berikut:

  • Maahad Johor, Johor Bahru (MJ)
  • Maahad Tahfiz Negeri Johor, Johor Bahru (MTNJ)
  • SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
  • Maahad Pontian, Pontian (MP)
  • SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
  • SMA Bugisiah, Tampok, Pontian (SMABG)

Syarat Asas Kemasukan

Syarat asas kemasukan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan.
  2. Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  3. Terhad kepada calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.

Ujian Kelayakan

Ujian kelayakan bagi kemasukan Tingkatan 1 terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

  1. Ujian Bertulis
    – Dijalankan selama 1 jam 15 minit
    – Merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.
  2. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.
  3. Ujian Lisan
    – Bacaan surah al Fatihah
    – Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
    – Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, MJLB dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.

Cara Membuat Semakan

Untuk membuat semakan, calon boleh membuat semakan melalui pautan https://esmanj.bpijainj.my/.

Tarikh-Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa dan pelajar adalah seperti berikut:

  • 6 Ogos 2025 – 3 September 2025 (Permohonan secara dalam talian)
  • 17 September 2025 (Semakan calon berjaya ujian kelayakan)
  • 29 – 30 September 2025 hingga 2 Oktober 2025 (Pelaksanaan ujian kelayakan SMANJ)
  • 15 Oktober 2025 – 29 Oktober 2025 (Semakan dan pengesahan calon berjaya ke sekolah pilihan dan rayuan)
  • 12 November 2025 (Semakan dan pengesahan calon rayuan)

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kemasukan ke SMAN Johor bagi Tingkatan 1 2026, sila layari Facebook Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor di pautan https://www.facebook.com/BPIJOHOR atau https://esmanj.bpijainj.my/.

Baca juga: SMAN Perak 2026: Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: