STR 2023: Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan akan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi STR yang berjumlah sehingga RM3,100.
Pelaksanaan bantuan ini adalah sebagai induk kepada usaha membantu golongan susah dan rentan bagi menangani kenaikan kos sara hidup.
Untuk tahun 2023, kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023 kepada 8.7 juta penerima di seluruh negara.
Ianya memanfaatkan 60% penduduk dewasa Malaysia bagi membantu mereka menangani cabaran kos sara hidup.
STR Fasa 4
Penerima STR Fasa 4 akan mula menerima bayaran bantuan mereka mulai Selasa, 7 November 2023.
Selain Fasa 4, penerima Rayuan STR juga akan menerima pembayaran bantuan tersebut dan pemberian bagi kedua-dua sumbangan ini akan melibatkan 5.5 juta penerima dengan peruntukan hampir RM2.1 bilion.
Jenis Penerima & Tarikh Pembayaran
Jenis penerima dan tarikh pembayaran diperincikan menerusi jadual di bawah:
Penerima Yang Layak
Untuk bantuan ini, penerima yang layak menerima sumbangan ini adalah seperti berikut:
i) Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii) Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii) Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Cara Membuat Semakan
Untuk membuat membuat semakan status, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari pautan rasmi iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Isikan no kad pengenalan
- Klik butang ‘Semak.’
- Klik bahagian ‘Maklumat Bayaran’ untuk melihat jumlah bayaran yang diterima serta status pengkreditan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan status STR, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.