Permohonan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP 2024
Untuk makluman, salah satu skim bantuan zakat yang disediakan oleh Baitulmal MAIWP adalah Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran 2024.
Berikut merupakan maklumat mengenai skim ini dan cara untuk memohon.
Mengenai Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran MAIWP adalah bantuan yang diberikan sebagai insentif kepada para penghafaz Al-Quran.
Ini sebagai penghargaan atas usaha mereka dalam menjaga kesucian dan memartabatkan Al-Quran.
Oleh itu, pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 15 Mac 2024 iaitu hari Jumaat.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi skim ini adalah seperti berikut:
- Islam dan warganegara Malaysia.
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
- Mampu menghafaz Al-Quran minima 5 juzuk dan ke atas mengikut tahap hafazan dan memahami disiplin ilmu Al-Quran serta isi kandungan secara umum.
- Kategori juzuk yang ditawarkan adalah:
– Juzuk 1-5
– Juzuk 1-10
– Juzuk 1-20
– Juzuk 1-30
– Untuk pemohon kali pertama, pemohon boleh memohon mana-mana kategori juzuk yang ditawarkan.
– Bagi pemohon yang telah menerima saguhati, permohonan bagi juzuk yang sama tidak akan dipertimbangkan kecuali juzuk 1-30. - Kategori bagi Juzu’ Amma:
– Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.
– Bagi permohonan sekolah menengah, terhad kepada sekolah selain aliran agama. - Pemohon akan dinilai oleh panel Tasmi’ MAIWP.
Cara Memohon
Permohonan skim ini boleh dibuat menerusi borang permohonan yang diperoleh melalui:
- Semua Pusat Agihan Zakat Baitulmal (PAZA).
- Kaunter Agihan Zakat MAIWP Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No 55, Jalan Haji Hussein 2, 50300, Kuala Lumpur.
- Kaunter MAIWP cawangan Putrajaya.
- Muat turun borang di laman web MAIWP https://www.maiwp.gov.my/.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran, sila hubungi Unit Pendidikan Seksyen IPT di talian 03-26399000 samb. 20413 & 20415atau whatsapp ke 011-6334 1373.