SARA 2024: Semakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih, anda boleh membuat semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024.
Berikut merupakan maklumat dan cara membuat semakan penerima sumbangan ini.
Mengenai SARA 2024
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2024 mengumumkan SARA akan diteruskan pada tahun 2024.
SARa merupakan sumbangan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tergolong dalam kategori miskin tegar dalam bentuk bakul makanan/baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.
Pemberian sumbangan ini bertujuan untuk meringankan kos sara hidup rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data eKasih.
Pemberian bantuan ini juga telah ditingkatkan daripada 200,000 pada 2023 kepada 700,000 penerima pada tahun 2024.
Mengenai eKasih
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin dan miskin tegar yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Sistem ini merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.
Data-data di dalam sistem ini digunakan oleh kementerian atau agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
Syarat Penerima SARA
Syarat penerima sumbangan ini pada tahun 2024 mestilah dikategorikan seperti:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
PGK miskin tegar boleh dirujuk melalui jadual di bawah:
Amaun Bayaran
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM1,200 atau RM600 seperti berikut:
Semakan Status Penerima Sumbangan Asas Rahmah
Semakan status penerima boleh dirujuk melalui cara-cara di bawah:
i) Semakan Atas Talian
- Menerusi portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
- Menerusi portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my (semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia)
ii) Talian Telefon
- Hubungi HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565/4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)(semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia)
Kaedah Penyaluran Sumbangan
Penyaluran sumbangan ini akan dibuat menerusi kaedah berikut:
i) Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (selain Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)
- Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Penerima SARA boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
ii) Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
- Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my.