SEPINTAS: Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor

Orang ramai terutamanya rakyat di Negeri Selangor yang memerlukan pinjaman desktop atau laptop kini boleh berbuat demikian secara percuma menerusi Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS).
Perkhidmatan ini disediakan bagi menyediakan keperluan terhadap desktop dan laptop semakin tinggi disebabkan oleh kaedah pembelajaran yang berubah sejak pandemik melanda.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang perkhidmatan ini.
Pengenalan SEPINTAS Selangor
SEPINTAS adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor melalui PPAS dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman desktop dan laptop secara percuma kepada warga Selangor terutama kepada mereka yang amat memerlukan (keutamaan diberikan kepada golongan B40) di perpustakaan-perpustakaan terpilih di bawah kelolaan PPAS.
Proses dan konsep pinjaman adalah sama dengan proses pinjaman buku, namun tempoh pinjaman adalah lebih lama iaitu maksimum 180 hari.
Kelengkapan Yang Disediakan
Pinjaman dektop dan laptop ini turut melibatkan pinjaman:
- Pembesar suara
- Wifi
- Webcam
- Perisian Microsoft Office
- Semua peralatan lain yang diperlukan untuk pembelajaran online
Senarai Perpustakaan Terlibat
50 perpustakaan yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini adalah seperti berikut:
- Pustaka Raja Tun Uda
- Perpustakaan Awam Selangor Pekan Pandan Jaya, Hulu Langat
- Perpustakaan Awam Selangor Cawangan Kajang, Hulu Langat
- Perpustakaan Awam Selangor Pekan Sungai Udang, Klang
- Perpustakaan Awam Selangor Cawangan Rawang, Gombak
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Lembah Jaya, Hulu Langat
- Perpustakaan Awam Selangor Pekan Sungai Pelek, Sepang
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Kuang, Petaling
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Jenjarom, Kuala Langat
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Parit Baru, Sabak Bernam
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Parit Mahang, Kuala Selangor
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Sungai Merab, Sepang
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Parit 14, Sabak Bernam
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Parit 8, Sabak Bernam
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Batu 14, Sabak Bernam
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Sungai Selisek, Hulu Selangor
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Jenderam Hilir, Sepang
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Kg Ahmad Razali, Sepang
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Sijangkang, Kuala Langat
- Perpustakaan Awam Selangor Pekan Sekinchan, Sabak Bernam
- Perpustakaan Awam Selangor @PJKita Community Library, Petaling
- Perpustakaan Awam Selangor Daerah Gombak
- Perpustakaan Awam Selangor Daerah Sabak Bernam
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Sg Gulang-Gulang, Kuala Selangor
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Ijok, Kuala Selangor
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Taman Mawar, Hulu Langat
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Kg Binjai Jaya, Sabak Bernam
- Perpustakaan Awam Selangor Pekan Hulu Bernam, Hulu Selangor
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Bagan Terap, Sabak Bernam
- Perpustakaan Awam Selangor Daerah Kuala Langat
- Perpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu Selangor
- Perpustakaan Awam Selangor Jeram, Kuala Selangor
- Perpustakaan Awam Selangor Bukit Kapar, Klang
- Perpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu Langat
- Perpustakaan Awam Selangor Pekan Dataran Sabak, Sabak Bernam
- Perpustakaan Awam Selangor Pekan Bestari Jaya, Kuala Selangor
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Kg. Banting, Sabak Bernam
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Kg. Endah, Kuala Langat
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Sri Jugra, Kuala Langat
- Perpustakaan Awam Komuniti Sri Manja, Petaling Jaya
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Beranang, Hulu Langat
- Perpustakaan Awam Selangor Komuniti Sri Perantau, Klang
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Bukit Bangkong, Sepang
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Bukit Badong, Kuala Selangor
- Perpustakaan Awam Selangor Komuniti Bukit Beruntung, Hulu Selangor
- Perpustakaan Awam Selangor Pekan Semenyih, Hulu Langat
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam
- Perpustakaan Awam Selangor Cawangan Pelabuhan Klang, Klang
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Taman Muhibbah, Sabak Bernam
- Perpustakaan Awam Selangor Desa Sungai Air Tawar, Sabak Bernam
Pendaftaran SEPINTAS
Orang ramai yang ingin membuat pinjaman perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.
- Klik link pra-pendaftaran berikut https://www.ppas.gov.my/en/pinjaman-desktop-laptop-sepintas/
- Isi semua maklumat pendaftaran peribadi.
- Pastikan semua maklumat diisi.
- Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai SEPINTAS, sila hubungi 03-5519 7667.