Login SMPK: Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan KPM

Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (SMPK) merupakan sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengumpul data institusi dan murid prasekolah di seluruh negara.

Kesemua maklumat dan data ini akan membantu KPM memantau dan menilai pendidikan prasekolah di seluruh negara.

Antara rasional utama SMPK diwujudkan oleh KPM adalah seperti berikut:

  • Tiadanya sistem maklumat yang bersepadu dan tepat.
  • Menggantikan kaedah kutipan data secara manual.
  • Kepelbagaian format kutipan data dan maklumat.
  • Mengelakkan ketidakseragaman format kutipan data dan maklumat.

Sistem PraSekolah Malaysia

Untuk makluman, KPM mula terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pendidikan prasekolah setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 bagi melaksanakan program prasekolah.

Program Pendidikan PraSekolah ini kemudiannya dilancarkan pada tahun 1992 dengan sasaran melibatkan 1070 buah sekolah dengan 1131 buah kelas.

Program ini kemudiannya diperluaskan di seluruh negara secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2002.

Sehingga kini pelaksanaan prasekolah di seluruh negara melibatkan 6,185 buat sekolah melibatkan 9,506 buah kelas dan 207,227 murid.

Objektif Pelaksanaan SMPK

Terdapat 3 objektif utama pelaksanaan SMPK iaitu:

  • Untuk membangunkan sistem maklumat yang bersepadu di peringkat kebangsaan.
  • Untuk memastikan capaian data di semua peringkat secara berpusat dengan cepat dan tepat.
  • Untuk memantapkan pengurusan dan penyelarasan maklumat pada semua peringkat pelaksana.

Pengguna SMPK

Terdapat 4 pengguna yang boleh menggunakan sistem ini iaitu:

  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • Jabaran Pelajaran Negeri (JPN)
  • Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
  • Institusi (contoh: sekolah)

Cara Login SMPK

Bagi pihak sekolah termasuk para guru yang ingin mengemaskini maklumat di SMPK, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web SMPK iaitu https://smpk.moe.gov.my/.

2. Masukkan ID dan kata laluan yang diberikan

3. Klik menu ‘Institusi’ untuk semakan dan kemaskini maklumat institusi.

4. Semak semua maklumat dan klik butang ‘Kemaskini’ untuk mengesahkan maklumat

5. Untuk kemaskini kelas, klik pada menu ‘Senarai Kelas.’

6. Klik pada medan yang ingin dikemaskini.

7. Klik pada ‘Kemaskini Maklumat Kelas’ untuk menyemak maklumat kelas

8. Semak maklumat kelas dan jika ada perubahan buat pindaan dan klik butang ‘Simpan’

9. Guru juga boleh mengemaskini maklumat murid di dalam kelas tersebut

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai SMPK, sila layari laman web https://smpk.moe.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: