Skim Bantuan Penyelesaian Pembiayaan Pendidikan MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperkenalkan satu bantuan baharu khas untuk pendidikan iaitu Skim Bantuan Penyelesaian Pembiayaan Pendidikan MAIWP.

Skim Bantuan Penyelesaian Pembiayaan Pendidikan MAIWP diwujudkan untuk menyelesaikan pinjaman pendidikan khususnya kepada Fakir dan Miskin di Wilayah Persekutuan.

Bagi pemohon yang ingin memohon skim bantuan penyelesaian ini, sila isi borang permohonan yang telah disediakan.

Syarat Permohonan Skim Bantuan Penyelesaian Pembiayaan Pendidikan MAIWP

Syarat permohonan untuk memohon skim bantuan penyelesaian ini adalah seperti berikut:

  1. Kelayakan adalah untuk asnaf Fakir dan Miskin di Wilayah Persekutuan.
  2. Terbuka kepada lepasan Diploma dan pengajian sepenuh masa di IPTA dan IPTS.
  3. Memperolehi keputusan CGPA 3.5 ke atas setelah tamat tempoh pengajian.
  4. Mestilah dalam tempoh 3 tahun daripada tarikh tamat pengajian.

Cara Memohon

Untuk memohon skim bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/98-skim-bantuan-penyelesaian-pembiayaan-pendidikan-maiwp.
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan dan semua dokumen ke:
    – Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur.
    – Semua Kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA)
    – Kaunter MAIWP Cawangan WP Putrajaya
    – Kaunter MAIWP Cawangan WP Labuan

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Satu salinan kad pengenalan pemohon, suami, isteri dan tanggungan/surat pengangkatan JPN/ akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja).
  2. Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO/surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri/surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan sahaja) (Tempoh sah laku : 3 bulan)
  3. Satu salinan surat perakuan nikah/surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas. (Perkahwinan hendaklah didaftarkan di Malaysia sahaja)
  4. Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini (jika berkaitan).
  5. Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri (jika berkaitan).
  6. Satu salinan kad memeluk Islam (jika berkaitan).
  7. Satu salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon/tanggungan (jika berkaitan).
  8. Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja (jika berkaitan).
  9. Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar bagi tanggungan lain yang sedang belajar di IPT (jika berkaitan).
  10. Satu salinan cukai pintu/bil utiliti yang terkini (Tempoh sah laku: 3 bulan).
  11. Satu salinan surat tawaran/salinan perjanjian pinjaman pendidikan PTPTN.
  12. Surat pengesahan baki pinjaman hutang pembiayaan PTPTN (Beserta cop pengesahan kaunter PTPTN) & (Tempoh sah laku: 1 bulan).
  13. Satu salinan Sijil Diploma (Beserta cop pengesahan dan tandatangan pejabat HEA/HEP IPT).
  14. Satu salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian IPT (Beserta cop pengesahan dan tandatangan pejabat HEA/HEP IPT).
  15. Satu salinan lengkap Sijil Transkrip Akademik Rasmi (Beserta cop pengesahan dan tandatangan pejabat HEA/HEP IPT).

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Skim Bantuan Penyelesaian Pembiayaan Pendidikan MAIWP, sila hubungi 03-4047760 samb. 7410/7411/7412/7413/7632.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: