SKK: Tuntutan Skim Khairat Kematian STR 2023

Bagi penerima Skim Tunai Rahmah (STR) di seluruh negara, anda secara automatiknya berhak untuk memperoleh Skim Khairat Kematian (SKK).

Skim Khairat Kematian (SKK) merupakan skim yang disediakan oleh kerajaan menerusi STR sekiranya berlaku kematian kepada penerima/pasangan STR bagi tahun 2023.

Skim ini layak dituntut oleh Pemohon/Pasangan/waris sekiranya Permohonan STR 2023 berstatus Lulus kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan dan terhad bagi pemohon atau pasangan warganegara meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.

Tuntutan bagi skim ini boleh dibuat mulai 17 Julai 2023.

Amaun Tuntutan Skim Khairat Kematian

Amaun yang boleh dituntut untuk skim ini adalah RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

Hubungan Waris Yang Layak Membuat Tuntutan

Waris penerima STR berikut layak untuk membuat tuntutan skim ini:

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
    – Anak Kandung
    – Anak Tiri
    – Anak Angkat
  • Adik-Beradik

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk menerima skim ini adalah seperti berikut:

Cara Membuat Tuntutan

Tuntutan skim ini adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana Cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia mulai 17 Julai 2023 sehingga 31 Disember 2023 bagi kematian mulai 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Dokumen yang perlu dibawa semasa membuat tuntutan adalah seperti:

  • Kad Pengenalan baharu (asal atau salinan) pemohon; dan
  • Kad Pengenalan asal waris; dan
  • Dokumen tambahan mengikut situasi sekiranya Pemohon/Pasangan tidak dapat hadir untuk penunaian:
    – Sijil kematian Pemohon/Pasangan jika Pemohon/Pasangan berdaftar meninggal dunia; atau
    – Surat pengesahan hospital jika Pemohon/Pasangan menerima rawatan di hospital; atau
    – Surat pengesahan yang menunjukkan Pemohon/Pasangan uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau
    – Kad Orang Kurang Upaya (OKU) ; atau
    – Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas Pemohon/Pasangan yang menunjukkan bukti Pemohon/Pasangan berada di luar negara; atau
    – Surat Pengesahan Penjara/Pusat Serenti (salinan atau asal) jika Pemohon/Pasangan berada di penjara atau Pusat Serenti atau tempoh masa Surat Pengesahan iaitu terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara atau sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, atau Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan berkenaan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2023).

Soalan Lazim

Sekiranya status Permohonan STR Tidak Lulus bagi kategori Isi Rumah, tetapi Pemohon/Pasangan menerima bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2. Adakah
Pemohon/Pasangan layak untuk menuntut skim ini?

Layak bagi skim ini sekiranya Pemohon/Pasangan adalah warga emas. Namun, ianya tidak layak sekiranya Pemohon/Pasangan berumur 59 tahun dan ke bawah.

Permohonan STR berstatus Lulus, walau bagaimanapun Pemohon/Pasangan
telah meninggal dunia di luar negara dan telah mendaftar kematian di Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN). Adakah Pemohon/Pasangan layak bagi skim ini?

Ya. Sekiranya Permohonan STR berstatus Lulus dan telah mendaftar kematian di
JPN, Pemohon/Pasangan layak bagi skim ini. Tuntutan boleh dibuat oleh waris dengan hadir ke mana-mana cawangan BSN berserta dengan dokumen yang diperlukan.

Suami saya Lulus Permohonan STR dan telah meninggal dunia. Maklumat
beliau wujud sebagai pasangan di permohonan lain (poligami) yang berstatus
Lulus Permohonan STR. Adakah saya dan isteri-isteri yang lain layak menuntut
skim ini untuk suami?

Ya. Semua isteri layak untuk menuntut skim ini bagi suami yang telah meninggal dunia
dengan status poligami,

Saya sebagai waris yang berdaftar telah membuat tuntutan SKK bagi pemohon/pasangan yang telah meninggal dunia. Adakah saya layak menerima baki amaun kelulusan STR 2023 yang belum dituntut?

Ya, anda sebagai waris yang didaftarkan layak untuk menerima baki amaun
kelulusan STR 2023 yang belum dituntut bagi pemohon/pasangan yang telah
meninggal dunia.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Skim Khairat Kematian STR 2023, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: