Unifi: Senarai Pakej Harga & Kelajuan Baharu

Bagi pengguna Unifi di seluruh negara, TM telah mengumumkan secara rasmi pengenalan kemaskini pada penawaran produk jalur-lebar di bawah syarikat tersebut.

Di bawah kemaskini terbaharu ini, beberapa perkara telah diumumkan iaitu:

  • Penawaran pakej pada kelajuan 100Mbps
  • Pakej 30Mbps khas untuk Pakej Rahmah
  • Unifi 100Mbps + Unifi Mobile Tanpa Had 

Tawaran ini bagi membolehkan orang ramai menikmati internet lebih pantas pada harga lebih kompetitif berbanding yang lain.

Kesemua naik taraf ini akan dinikmati oleh pengguna mulai 5 Oktober 2023 sehingga Januari 2024 kepada pengguna yang terlibat.

Harga & Kelajuan Pakej Baharu Unifi

Menerusi harga dan kelajuan pakej baharu unifi, pengguna akan menikmati harga dan kelajuan berikut:

  • 100Mbps – RM99 sebulan (RM89 sebulan untuk masa terhad)
  • 300Mbps – RM139 sebulan
  • 500Mbps – RM159 sebulan
  • 1Gbps – RM289 sebulan
  • 2Gbps – RM319 sebulan

Untuk makluman semua pengguna, pakej 30Mbps dan 800Mbps juga tidak lagi ditawarkan lagi dibawah pelan baharu ini.

Untuk para pelanggan sedia ada, mereka akan menerima naik-taraf kelajuan ke tahap seterusnya secara percuma.

Ini sebagai tanda ucapan terima kasih atas sokongan mereka selama ini.

Pakej Rahmah

Walaupun kelajuan 30Mbps tidak lagi ditawarkan pada masa akan datang, TM mengatakan mereka akan kekal menawarkan Pakej Rahmah Unifi 30Mbps.

Pakej ini ditawarkan kepada komuniti B40, OKU, warga emas dan veteran, pada harga RM69 sebulan.

Unifi 100Mbps + Unifi Mobile Tanpa Had 

TM juga menawarkan pelan jalur lebar berkelajuan tinggi 100Mbps tertumpu yang digabungkan dengan pelan data mudah alih UNI5G Pascabayar Tanpa Had 5G+4G melalui kontrak tiga tahun.

Tawaran ini turut disertakan dengan telefon pintar 5G percuma bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima guna dan menikmati keupayaan 5G.

Semak Kelayakan

Untuk menyemak kelayakan untuk naik taraf kelajuan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Login laman web https://selfcare.unifi.com.my/login.
  2. Pengguna yang layak akan diberitahu menerusi bahagian ‘My Account.’
  3. Semua pelanggan yang layak akan dinaik taraf secara berperingkat dari sekarang sehingga Januari 2024.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai pelan baharu Unifi, sila layari laman web https://unifi.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: