Starlink Malaysia: Harga, Pakej & Cara Melanggan

Starlink yang merupakan syarikat pembekal internet di bawah SpaceX telah menawarkan pakej langganan untuk pengguna di Malaysia.

Starlink merupakan kumpulan satelit pertama dan terbesar di dunia yang menggunakan orbit rendah Bumi untuk menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar yang mampu menyokong penstriman, permainan dalam talian, panggilan video dan banyak lagi.

Menariknya, Starlink menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi untuk berkependaman rendah kepada pengguna di seluruh dunia.

Kebanyakan perkhidmatan internet satelit berasal daripada satu satelit geopegun yang mengorbit planet dari ketinggian 35,786 km.

Ini mengakibatkan, jangka masa perjalanan pergi dan balik data antara pengguna dan satelit yang juga dikenali sebagai kependaman adalah tinggi, dan ini menjadikannya hampir mustahil untuk menyokong penstriman, permainan dalam talian, panggilan video atau aktiviti kadar data tinggi yang lain.

Namun, menerusi Starlink merupakan sekumpulan ribuan satelit yang mengorbit planet secara lebih hampir dengan Bumi, kira-kira 550km dan meliputi seluruh dunia dan disebabkan satelit Starlink berada dalam orbit yang rendah, kependaman adalah jauh lebih rendah—sekitar 25 ms berbanding 600+ ms.

Untuk Starlink Malaysia, terdapat dua penghala berbeza ditawarkan iaitu:

  • Standard  
  • High Perf. (prestasi tinggi)

Untuk satu lagi pakej iaitu Flat High Performance, ianya tidak ditawarkan di Malaysia buat masa ini.

Untuk setiap pembelian pakej Standard, pengguna akan menerima satu Starlink, satu penghala, satu kabel Starlink dan satu kabel kuasa.

Manakala untuk High Perf. pula, pengguna akan menerima tambahan pek bekalan kuasa dan kabel ethernet.

Perbezaan kedua-dua pakej ini adalah High Perf. lebih tahan lasak dan menyokong capaian internet lebih baik sehingga 3 kali ganda lebih pantas.

Harga Yang Ditawarkan

Harga yang ditawarkan adalah RM2,300 untuk pakej standard manakala RM11,613 untuk High Perf.

Untuk langganan bulanan pula, langganan bulanan pula adalah RM220 sebulan.

Kaedah Melanggan

Untuk melanggan, pengguna boleh membuat tempahan melalui laman web Starlink di pautan https://www.starlink.com/.

Masukkan alamat tempat tinggal dan klik butang “Pesan Sekarang.”

Selepas melanggan, masa penghantaran dijangka antara satu hingga dua minggu dan pelanggan perlu membayar tambahan RM100 untuk kos penghantaran dan pengendalian.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Starlink Malaysia, sila layari laman web https://www.starlink.com/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: