SPZAS 2022: Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor

Lembaga Zakat Selangor telah membuka permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) 2022 bagi semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara yang memerlukan dana pendidikan.

Untuk makluman, SPZAS adalah dana yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk meringankan beban kos pendidikan bagi pelajar yang menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada dalam negara dan luar negara.

Dana menerusi sumbangan ini adalah secara one-off bagi setiap peringkat pelajaran dan permohonan hanya boleh buat sekali sahaja bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan.

Pemohon yang berminat boleh mengemukakan permohonan bermula 24 Januari sehingga 20 Februari 2022.

Kadar Sumbangan

Kadar sumbangan yang ditetapkan adalah sebanyak RM700 bagi IPT dalam negara dan RM2,500 bagi IPT luar negara.

Peruntukan sumbangan ini adalah di bawah asnaf fisabilillah yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor.

Syarat Permohonan

Pemohon yang berminat untuk memohon sumbangan ini perlu memenuhi syarat permohonan berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam.
  2. Pemohon ialah arganegara Malaysia.
  3. Ketua keluarga/penjaga pemohon mestilah lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada 3 tahun.
  4. Bagi SPZAS IPT dalam negara, permohonan hanya untuk semester kedua (IPTA/IPTS)/SKM tahap dua (ILK/ILKS) dan ke atas sahaja (bagi peringkat pengajian Sijil/Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi yang tiada semester/tahap adalah layak memohon).
  5. Bagi SPZAS IPT luar negara, permohonan hanya untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan di negara Mesir, Jordan dan Morocco.
  6. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi Haddul Kifayah (garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf) dengan julat lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM7,000 bagi SPZAS IPT luar negara.

Cara Membuat Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.zakatselangor.com.my/spzas/.
  2. Klik butang ‘Mohon Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor.’
  3. Isi nombor kad pengenalan dan klik butang ‘Mohon.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan pada setiap paparan dan klik butang ‘Simpan & Seterusnya.’
  5. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi dan dimuat naik.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga.
  3. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga.
  4. Bil api/bil air yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan).
  5. Slip gaji atau Borang Pengesahan Pendapatan Terkini di pautan https://drive.google.com/file/d/0B-UHREbVh2DTTmtZWE1GNlpvUEk/edit?resourcekey=0-0d2ozPl1mhbLHP4VFJXI_g (bagi yang tiada slip gaji) yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan).
  6. Borang/surat pengesahan belajar semester/tahap yang terkini/semasa (bagi pelajar IPT luar negara pengesahan adalah melalui Pegawai Atase Pendidikan Selangor) di pautan https://drive.google.com/file/d/1oIy7ZMQvWXBsRVFEzl6l8vFeWXYv2xJF/view.
  7. Borang Pengesahan Permastautinan yang terkini (dalam 3 bulan daripada tarikh permohonan) di pautan https://drive.google.com/file/d/1sw9KtMgVJ5yITzz8OF45v1EkfWcJR3d2/view.
  8. Penyata Akaun Bank Pemohon yang masih aktif (Bagi Pengesahan No Akaun Bank).
  9. Kad OKU (jika Berkenaan).
  10. Laporan Perubatan Sakit Kronik (jika Berkenaan).
  11. Pasport dan Visa pemohon (bagi permohonan SPZAS IPT luar negara).

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor di talian 1-300-88-4343.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: