STR Fasa 4 & Rayuan STR: Tarikh & Jumlah Pembayaran

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Rayuan STR akan mula menerima bayaran mereka mulai Selasa, 7 November 2023.

Pemberian bagi kedua-dua sumbangan ini akan melibatkan 5.5 juta penerima dengan peruntukan hampir RM2.1 bilion.

Secara keseluruhannya, kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023 kepada 8.7 juta penerima yang memanfaatkan hampir 60% penduduk dewasa Malaysia bagi membantu mereka rnenangani cabaran kos sara hidup.

Jumlah STR Fasa 4 & Rayuan STR

Seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.

Bantuan ini juga akan diberikan kepada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023 yang akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Kesemua pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran STR ini adalah seperti di bawah:

Permohonan Baharu

Untuk tahun 2023, proses permohonan STR hanya dibuat setahun sekali sahaja.

Sebagai penambahbaikan pada STR 2024, kerajaan akan mengambil pendekatan berbeza bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.

Mulai 1 November 20233, individu yang Iayak boleh membuat permohonan baharu dan mengemas kini maklumat mereka untuk STR 2024 sepanjang tahun.

Langkah ini bagi memastikan mereka yang layak namun tiada dalam pangkalan data Kerajaan boleh tampil mengemukakan permohonan masing-masing selain membenarkan penerima sedia ada membuat pengemaskinian sekiranya mempunyai perubahan maklumat.

Untuk mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, data penerima STR sedia ada akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan.

Data tersebut akan disemak slang dengan data daripada beberapa agensi Kerajaan bagi memastikan kelayakan untuk STR 2024 mengikut syarat yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STR Fasa 4 dan Rayuan STR, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: