SULUNG 2.0 UTHM: Pembiayaan Pendidikan Pelajar B40

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mempelawa pelajar yang berminat untuk menyertai Program Pembangunan Siswa SULUNG 2.0 (SULUNG 2.0) UTHM yang akan ditawarkan mulai Semester I Sesi 2023/2024.

SULUNG 2.0 merupakan bantuan pembiayaan pendidikan kepada pelajar generasi pertama yang melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi dan daripada keluarga B40.

Ini bagi membantu pelajar daripada keluarga B40 untuk membantu membiayai pengajian mereka dan mampu meneruskan pengajian sehingga tamat.

Permohonan pembiayaan bagi program ini dibuka mulai 1 Oktober 2023 sehingga 15 Oktober 2023.

Inisiatif SULUNG

SULUNG merupakan program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi membantu pelajar daripada golongan keluarga B40 untuk ke IPT.

Inisiatif ini dilaksanakan berdasarkan terdapat anak-anak daripada golongan B40 memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) namun tidak berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi akibat kekangan kewangan dan peluang.

Untuk tahun ini, sebanyak 10,000 mahasiswa yang merupakan wakil pertama dari keluarga B40 akan dikecualikan sepenuhnya yuran pengajian di semua universiti awam.

Pelaksanaan inisiatif ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM30 juta kepada semua universiti awam.

Manfaat SULUNG 2.0

Manfaat yang bakal diperoleh menerusi pembiayaan program ini adalah seperti:

  • Pengecualian pembayaran Yuran Universiti sepanjang tempoh pengajian (kecuali yuran penginapan).
  • Pembangunan insaniah termasuk sokongan akademik dan kaunseling.

Syarat dan Kriteria Permohonan

Syarat dan kriteria permohonan bagi program ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pelajar sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang pengajian di UTHM.
  3. Anak pertama dalam keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga melanjutkan pengajian ke perindkat Ijazah Sarjana Muda.
  4. Memperolehi PNGK sekurang-kurangnya 3.0 ke atas.
  5. Bukan merupakan penerima biasiswa penuh pengajian daripada mana-mana pihak (Tidak termasuk penerima pinjaman PTPTN/Pinjaman Boleh Ubah/Zakat dan lain-lain bantuan kewangan bukan berbentuk biasiswa penuh).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat meneursi langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://tinyurl.com/UTHM-Siswa-Sulung-Siri-2.
  2. Baca syarat dan kriteria permohonan.
  3. Isi maklumat dengan lengkap dan betul.
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai SULUNG 2.0 UTHM, sila hubungi Encik Nur Azam bin Mohd Napis melalui talian 07-456 4016 atau email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: