Permohonan Bantuan Sekolah Negeri Selangor (SK & SMK)

Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Negeri Selangor boleh mendapatkan bantuan membaik pulih atau membina infrastruktur sekolah menerusi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor.

Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor adalah inisiatif daripada Kerajaan Negeri Selangor dilaksanakan membantu mengekalkan dan menambah baik infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di Negeri Selangor.

Sebelum ini, permohonan bantuan ini dibuka kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Mubaligh, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), dan Sekolah Agama Rakyat (SAR)/Sekolah Rendah Agama Integrasi (yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor).

Kini, permohonan bantuan ini dibuka kepada SK dan SMK di Negeri Selangor yang boleh dipohon secara atas talian.

Permohonan hendaklah dibuat oleh pihak sekolah/Lembaga Pengelola Sekolah/Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mulai 29 April 2022 sehingga 5 Jun 2022.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang bakal diterima oleh sekolah yang layak adalah sehingga RM50,000 meliputi bantuan baik pulih atau membina infrastruktur sekolah.

Tujuan Bantuan

Tujuan bantuan ini mestilah untuk membaik pulih atau membina infrastruktur sekolah seperti:

  • Kantin
  • Surau
  • Kelas
  • Tandas
  • Bumbung Bocor
  • Dinding
  • Susur Gajah
  • Pagar Sekolah
  • Pintu Kelas, Tandas
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Bilik Guru
  • Perpustakaan
  • Longkang/Perparitan
  • Makmal Sains
  • Makmal Komputer
  • Bangunan Sekolah
  • Bangunan Asrama
  • Mengecat Bangunan Sekolah
  • Kerusi/Meja
  • Saluran Paip Air
  • Pendawaian Elektrik
  • Tingkap
  • Lain-lain

Tatacara Permohonan

Pihak sekolah/Lembaga Pengelola Sekolah/PIBG yang ingin membuat permohonan boleh membuat permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web SSIPR iaitu https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register.
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. klik butang “Daftar.”
  4. Logindengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap diisi.

Keterangan Lanjut

Untuk mendapatkan keretangan lanjut mengenai program bantuan ini, sila layari laman web SSIPR di pautan https://ssipr.selangor.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: