SBPT: Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi Koperasi Tentera

Berita baik untuk anak-anak anggota tentera apabila Koperasi Tentera telah membuka tawaran Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT) untuk tahun 2025.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai sumbangan ini.

Mengenai Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT)

SBPT adalah sumbangan untuk anak-anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS pada peringkat asasi/matrikulasi/diploma/ijazah (Pengajian Sepenuh Masa).

Pemberin sumbangan ini dapat meringankan beban kepada anak-anak anggota tentera yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

Pemberian sumbangan ini dilakukan oleh Koperasi Tentera iaitu sebuah koperasi yang ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan dan kebajikan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kakitangan awam di Kementerian Pertahanan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kebajikan anggota. 

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 15 Julai 2025 (Selasa) sehingga 14 Ogos 2025 (Khamis).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera sahaja.
  2. Telah menjadi anggota Koperasi Tentera selama 4 tahun dan ke atas.
  3. Tidak menamatkan keanggotaan Koperasi Tentera dalam tempoh permohonan (Status AKTIF).
  4. Bagi permohonan suami dan isteri (anggota Koperasi Tentera), hanya satu permohonan sahaja yang layak diterima.
  5. Anak anggota yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2024/2023/2022 atau yang setaraf.
  6. MINIMUM Kepujian/Kompeten bagi 3 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu.
  7. Hanya layak untuk sekali permohonan SBPT bagi kemasukan ke IPTA/IPTS.

Cara Memohon

Borang permohonan boleh didapati menerusi pautan https://www.katmb.com.my/web/content/6683?unique=cae367e90a8ad640d374619b1666aae7b8f0f803&fbclid=IwY2xjawLlNxVleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFabzRhaTdYN0NSNTg1MnVOAR4PZLu4LLzx2p8w7L9XpHDtoVRxFgDI70WKPlW4VHRfYO0Np2nbVDQT7eXxBA_aem_Riv-Y8rTW0ytM9_yZ-66Zg.

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di:

Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat 53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Seksyen Kebajikan)

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama adalah seperti berikut:

i- PEMOHON (ANGGOTA KOPERASI TENTERA)

  • Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  • Salinan MyKad (Awam/Pesara)

ii- ANAK (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH)

  • Salinan MyKad pelajar
  • Salinan slip keputusan peperiksaan SPM tahun 2024/2023/2022 atau yang setaraf
  • Surat tawaran kemasukan ke Pusat Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS)
  • Resit bayaran/transaksi online (Yuran pendaftaran)
  • Surat pengesahan akaun dari bank/penyata bank online
  • Dokumen tambahan seperti PERBAH II/surat perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan, hubungi di talian 03-2303 0000 atau kunjungi cawangan Koperasi Tentera berhampiran.

Baca juga: SSeM: Permohonan Kemasukan Sekolah Seni Malaysia 2026

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: