Permohonan Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA 2024

FELDA melalui Yayasan Felda menawarkan tajaan kepada pelajar lepasan SPM 2023 khusus kepada anak peneroka, generasi baharu FELDA, dan anak petugas Kumpulan FELDA iaitu Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA menerusi Program Global Digital Leadership dengan kerjasama Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU).

Berikut adalah mengenai tawaran ini dan cara untuk memohon.

Mengenai Tawaran Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA

Program ini merupakan tajaan pelajar cemerlang kepada anak peneroka, generasi baharu FELDA, dan anak petugas Kumpulan FELDA untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi.

Program ini adalah cetusan dan ilham Pengerusi FELDA bagi melahirkan insan berkepimpinan pendigitalan global kearah ‘Greater of the Future’.

Bagi pengambilan Julai 2024, permohonan boleh dibuat secara atas talian dan tarikh tutup permohonan ini adalah selepas 14 hari keputusan SPM 2023 diumumkan.

Perincian Tawaran

Menerusi program ini, pelajar akan ditawarkan dengan tawaran berikut:

  • Tawaran tajaan peringkat Foundation dan Ijazah Sarjana Muda di Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU).
  • Elaun sara hidup sepanjang pengajian.
  • Kemudahan penginapan.
  • Program tambahan pengajian Bahasa Asing (Korea), Intensive English Programme.
  • Neuro Linguistic Programming (NLP).
  • Pensijilan IR4.0.

Program Pengajian

Program pengajian yang ditawarkan di bawah tajaan penuh FELDA adalah seperti berikut:

  • Bahasa Antarabangsa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea): Tempoh Pengajian- 3 Bulan
  • Foundation (Computing & Technology): Tempoh Pengajian-12 Bulan
  • Ijazah Sarjana Muda (School of Computing & Technology): Tempoh Pengajian- 36 Bulan
    Bidang Pengkhususan seperti Cyber Security, Big Data, loT, FinTech, Computer Games Development, Multimedia VP/AR, Computer Science, Intelligent Systems, Software Engineering dan seumpamanya.
  • Pensijilan IR 4.0: Tempoh Pengajian- 10 Hari
    APU Certified Java Developer, APU Certified Cybersecurity Engineer, APU Certified Data Engineer, APU Certified Data Cloud Practitioner, APU Certified Network Administrator, APU Certified Animator, APU Certified Digital Marketing Specialist.
  • Program Neuro Linguistik (FELDA)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 7A dan ke atas dalam keputusan peperiksaan SPM 2023.
  2. Merupakan Anak Peneroka/Generasi Baharu FELDA/anak petugas FELDA dan Kumpulan FELDA.
  3. Pemohon merupakan lepasan SPM 2023.
  4. Pemohon mempunyai kualiti kepimpinan yang kuat, berkeupayaan berpasukan yang tinggi serta cemerlang dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum.
  5. Pemohon mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik.

Cara Memohon

Permohonan program ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web permohonan iaitu
    – Borang Permohonan Anak Peneroka & Generasi Baharu FELDA: https://tinyurl.com/4ms6kp4k
    – Borang Permohonan Anak Petugas FELDA & Kumpulan FELDA: https://tinyurl.com/4k2ue9f5
  2. Isi semua maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Tajaan Pelajar Cemerlang FELDA 2024, sila hubungi:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: