iPhone 15: Ciri Terbaharu & Harga Ditawarkan Di Malaysia

Apple telah secara rasminya memperkenalkan siri iPhone terbaharu keluaran syaraikat tersebut iaitu iPhone 15.

Terdapat 2 telefon pintar diperkenalkan dibawah siri ini dan 2 dibawah siri iPhone 15 Pro iaitu iPhone Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Pengenalan iPhone ini telah menawarkan beberapa ciri-ciri menarik berbanding iPhone yang telah dikeluarkan Apple sebelum ini.

Ini bagi memastikan pelanggan yang memiliki telefon ini berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Bagi yang berminat, anda boleh pre-order melalui Authorised Reseller Apple.

Ciri-Ciri iPhone 15

Antara ciri-ciri menarik iPhone ini adalah seperti berikut:

i) iPhone Pro dan iPhone Pro Max

Seperti model iPhone sebelum ini, model Pro juga hadir dengan penawaran skrin bersaiz 6.1-inci dan juga 6.7-inci untuk Pro Max dengan paparan Super Retina XDR.

Peranti ini juga mempunyai sokongan HDR10 dan Dolby Vision untuk paparan visual yang lebih baik.

ii) Kerangka Titanium

Kerangka bagi model ini pula memperlihatkan penggunaan titanium yang lebih tahan kukuh dan ringgan.

Ini menjadikan model iPhone ini paling ringan yang pernah dihasilkan oleh Apple setakat ini. 

iii) Butang Action Button

Bahagian sisi model ini pula mempunyai action button yang mana pengguna boleh melakukan tetapan pintas untuk melakukan sejumlah perkara seperti mengakses shortcut, membuka kamera dan sebagainya.

iv) Cip Pemprosesan Apple A17 Pro

Model ini didatangkan dengan cip pemprosesan lebih berkuasa dan terkini, iaitu Apple A17 Pro.

Cip ini juga menyokong ciri ray tracing yang mana menawarkan grafik yang lebih lancar dan pengalaman permainan dan AR yang lebih mengujakan.

v) Pengecasan USB-C

Model ini hadir dengan penggunaan pengecasan dan penyambung berasaskan USB-C.

Ini bagi menyeragamkan penggunaan pengecas antara iPhone, iPad dan juga MacBook.

vi) Kamera 48 MP

iPhone ini menawarkan sensor kamera 48MP bagi menawarkan kualiti rakaman yang lebih baik termasuklah dalam keadaan yang malap.

Ianya mempunyai optikal zum terpanjang iaitu 5x dan sistem penstabilan bagi menangkap gambar dengan baik dalam pelbagai senario.

Harga Yang Ditawarkan

Setakat ini, harga yang bakal ditwarkan bagi pasaran di Malaysia adalah seperti berikut:

i) iPhone 15 Pro Max (6.7″)

  • 256GB – RM6499
  • 512GB – RM7499
  • Pro Max 1TB – RM8499

ii) iPhone 15 Pro (6.1″)

  • 128GB – RM5499
  • 256GB – RM5999
  • 512GB – RM6999
  • 1TB – RM7999

iii) iPhone 15 Plus (6.7″)

  • 128GB – RM4899
  • 256GB – RM5399
  • 512GB – RM6399

iv) iPhone 15 (6.1″)

  • 128GB – RM4399
  • 256GB – RM4899
  • 512GB – RM5899

Tarikh Penjualan

iPhone model ini dijangka mula dijual kepada pengguna di Malaysia bermula 29 September 2023 menerusi laman web https://www.apple.com/my/shop/

Sumber: https://amanz.my/ dan https://www.thevocket.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: